Oleh : Fauzi Basri

Tanjong Malim, 23 April 2025 – Telah berlangsungnya program podcast Hati Penentu Mati Siri 1 : Carrymark Tak Carry yang dibawakan eklusif oleh EXCO Latihan Dan Pembangunan Sahsiah, Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UPSI.

Program ini juga mendapat kerjasama bersama-sama kelab Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) UPSI, Kelab Sahabat Ulul Albab, Kelab Esprot Upsi dan Al- Mursyidin Club(AMC)

Program yang berlangsung selama 1 jam 23 minit ini mengupaskan isu tekanan akademik, integriti, rasuah dalam penilaian khususnya berkaitan keputusan carrymark, sambil menyuntik motivasi dan berkongsi panduan bermanfaat kepada para mahasiswa.

Lebih menarik sesi ini dibuat secara pre-rekod dan tayangan perdana khas telah dilancarkan di facebook rasmi AMAR UPSI dengan mendapat  lebih daripada 1.7k tontonan.

Sesi perbincangan turut diserikan dengan kehadiran panelis berpengalaman, iaitu Dr. Abu Zarrin Selamat, Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), serta Mhd Afif Danial, Exco Sukan dan rekreasi, PEMADAM UPSI serta Rancangan ini juga dikendalikan oleh EXCO LPS sendiri iaitu saudara Ahmad Akram Rassid yang berkongsi pandangan dan pengalaman dalam bidang sahsiah dan pembangunan pelajar, menjadikan program ini lebih bermakna, berinformasi dan interaktif.


“Carrymark bukan pengakhiran, tetapi permulaan.”, antara kata2 yang dibahaskan semasa rancangn podcat ini berlangsung.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pengarah program dan seluruh ahli jawatankuasa pelaksana dan juga krew rakaman atas usaha dan dedikasi dalam menjayakan program ini.

Semoga kejayaan ini dapat menempa nama AMAR UPSI di peringkat Universiti Pendididkan sultan idris (UPSI) sekaligus memperkenalkan persatuan AMAR kepada mahasiswa/I.