Oleh: Dr. Jamilah Mohd Basir
Tanjong Malim, 3 Julai 2025 – Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), UPSI telah menerima kunjungan istimewa daripada delegasi Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
Lawatan ini melibatkan staf yang terlibat secara langsung dalam pengurusan TASKA dan TADIKA UTM, serta pegawai kanan daripada Jabatan Pendaftar UTM.
Delegasi diketuai oleh Dr. Naemah Hamzah, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM, bersama Puan Rahmawatulhusna Sokhipul Hadi, Ketua Unit Pendidikan.
Turut hadir ialah wakil daripada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UTM, iaitu Puan Norhafizah binti Hanapiah dan Puan Norly binti Mazlan, masing-masing merupakan Timbalan Pendaftar.

Lawatan ini bertujuan meninjau pengoperasian TASKA dan TADIKA NCDRC serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan institusi pendidikan awal kanak-kanak.
Sesi lawatan turut diserikan dengan perkongsian ringkas daripada pihak NCDRC mengenai fungsi pusat, peranan penyelidikan dan inovasi, serta pendekatan pedagogi berasaskan bukti yang diamalkan.
Pertemuan ini membuka ruang dialog yang bermanfaat antara kedua-dua institusi, khususnya dalam memperkukuh hubungan jaringan profesional dan memperkasa sistem sokongan pendidikan awal kanak-kanak di institusi pengajian tinggi.
NCDRC amat menghargai lawatan ini dan mengalu-alukan sebarang kerjasama strategik pada masa akan datang.
