oleh: Dr Kama Shaffeei dan Dr Shakila Che Dahalan
Finland – Delegasi Malaysia yang membabitkan wakil-wakil dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Pengarah Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan (NiCE), Dr Kama Shaffeei, College Yayasan Pahang (UCYP), wakil seni budaya dari Terengganu Songket dan Yayasan Pahang mengadakan lawatan rasmi ke Finland pada 9 Jun hingga 18 Jun lalu sempena penyertaan Educational & Bilateral Symposium (EBS) anjuran Arctic Nest Finland.
Lawatan itu adalah inisiatif strategik di bawah jaringan kerjasama antarabangsa yang melibatkan institusi pengajian tinggi Malaysia dan beberapa institusi utama di Finland, khususnya dalam bidang pendidikan, teknologi kecerdasan buatan (AI), inovasi pedagogi dan hubungan industri.
Dr Kama yang mewakili UPSI berkata objektif utama lawatan ini ialah menjalinkan hubungan strategik dalam bidang pendidikan dan penyelidikan antara UPSI dan Finland, meneroka aplikasi teknologi AI dalam pendidikan dari peringkat sekolah hingga institusi pendidikan melalui lawatan ke pusat superkomputer dan universiti berteknologi tinggi, memerhati amalan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak berasaskan model Nordic dan Menandatangani Letter of Intent (LoI) bersama Kajaani University sebagai asas kerjasama masa hadapan.
Delegasi ke Helsinki bertemu CEO, Arctic Nest Finland, Dr Teemu Kyllonen sebelum ke Kajaani, yang menjadi lokasi utama simposium. Lawatan ke Kajaanin Technology Akeskus mendedahkan delegasi kepada infrastruktur AI dan superkomputer yang antara tercanggih di Eropah sekali gus memberi gambaran jelas terhadap potensi pelaksanaan AI dalam pendidikan di Malaysia.
Pihak university Kajaanin Technology Akeskus turut membawa delegasi lawatan tempat penyelidikan pendidikan, makmal, dan beberapa beberapa bilik pembelajaran yang tujuan penyelidikan.
Selain itu wakil LUMI Supercomputer memberi taklimat tentang peranan LUMI dalam industri AI, penyelidikan, dan pusat data di Eropah seterusnya wakil Oulu University memperkenalkan university dan kolaborasi akademik dalam beberapa program termasuk pendidikan. Semasa bersama pengurusan tertinggi Kajaani University of Applied Sciences turut ditandatangani Letter of Intent (LoI) dimeterai antara UPSI dan Kajaani University yang merangkumi kerjasama dalam pertukaran pelajar dan staf, penyelidikan bersama, serta pembangunan kursus mikro-credential.
Ketika melawat Kuhmo Woodpolis pula, katanya, delegasi dibawa melawat sekolah kayu inovatif yang menggabungkan seni bina mesra alam dan elemen pembelajaran lestari. Beberapa model sekolah rendah dan menengah dijadikan model sekolah kayu. Delegasi kemudian dibawa ke kilang menghasilkan model bangunan kayu, proses pembinaan model hingga proses pembungkusan model. Delegasi turut dibawa ke dewan yang diperbuat daripada kayu.
Delegasi turut disambut baik Regional Mayor of Kainuu, Riikka Pirkkalainen untuk ruang kerjasama akademik dan tumpuan pendidikan.
Lawatan di CSE Entertainment diketuai oleh Mr Veli Mattim, Mrs Kaisa dan Mr Juha delegasi berpeluan menyaksikan inovasi AI dalam bentuk pemainan. I-wall, rehab wall antara alat permainan Ai untuk menggalakkan individu kekal aktif bergerak dalam kawasan yang terhad seterusnya di Universiti Oulu, dan tadika Touhula disambut oleh Rektor Universiti Oulu.
“Universiti membuka ruang untuk kerjasama pelajar, guru dibawah fakulti pendidikan seterusnya meneliti pendekatan pendidikan awal Nordic di tadika Touhula serta potensi integrasi keselamatan siber dalam pendidikan digital.
Mr Veesa dari Biodiversity and Conservation Arjansaari Island membawa menyelusuri kawasan pulau buatan yang mengalami masalah hakisan akibat kesan alam namun masih mengekalkan hutan asal dan buah-buahan liar. Lawatan ilmiah di Arktikum Science Centre dan Santa Claus Village pula memberi pendedahan budaya Arktik kepada peserta, manakala di Helsinki University, universiti tertua dan paling berprestij di Eropah Utara, peserta memahami ekosistem pendidikan dan budaya ilmu masyarakat Finland yang sangat tinggi tahapnya.



Universiti Helsinki yang ditubuhkan pada tahun 1640 dikelilingi bangunan-bangunan bersejarah, termasuk bangunan utama (Main Building) yang menampilkan seni bina neoklasik. Perpustakaan Oodi dilawati berikutan terkenal sebagai salah satu perpustakaan awam paling moden dan interaktif di dunia.
Dr Kama berkata ia mempunyai ruang pembacaan terbuka dengan pemandangan bandaraya Helsinki, studio rakaman dan pencetak 3D untuk kegunaan umum,bilik mesyuarat, ruang keluarga dan bilik permainan, zon kanak-kanak yang ceria dan interaktif. Konsep Oodi yang menggabungkan literasi digital, keterangkuman sosial dan pembelajaran sepanjang hayat.
Beliau berkata hasil lawatan ilmiah itu, termeterai Letter of Intent (LoI) antara UPSI dan Kajaani University membuka laluan kepada program mobiliti pelajar dan staf khususnya guru sekolah rendah Sri Budiman, serta kolaborasi akademik dan penyelidikan AI.
Pendedahan kepada sistem pendidikan awal Nordic dan sekolah lestari dapat dijadikan rujukan untuk penambahbaikan kurikulum prasekolah di UPSI selain eksplorasi teknologi terkini melalui LUMI Supercomputer dan syarikat digital Finland menjadi asas kepada penyelidikan bersama dalam bidang AI dan keselamatan pendidikan digital.
“Perbincangan berimpak tinggi dengan Datuk Bandar tempatan dan tokoh-tokoh industri Finland memperkukuh jaringan diplomatik UPSI dan akademik antarabangsa selain melaksanakan pertukaran pelajar bermula Semester 2, 2025/2026.
Beliau berkata lawatan itu membawa kejayaan besar dalam memperkukuhkan hubungan akademik antarabangsa UPSI dan membuka laluan kepada pelbagai peluang kolaborasi yang bermakna antara UPSI dan Finland.

