Gambar bersama pesertaGambar bersama peserta

oleh : Nurain Maisarah  

Tanjong Malim, 12 November 2025 – Permainan e-sport bukan sekadar aktiviti untuk mengisi masa lapang, tetapi juga wadah untuk membina strategi, mengenal potensi diri dan mengukuhkan semangat pasukan. Dunia e-sukan kini menjadi salah satu cara baharu mahasiswa bersaing secara sihat sambil menonjolkan kehebatan masing-masing.

Exco Inisiatif Sukan, Rekreasi dan Kecergasan, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar sidang 2025/2026, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan program MLBB Championship : Heroes Of The Dawn yang merupakan sebuah program pertandingan yang menghimpunkan mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris selama 1 hari iaitu pada 12 November 2025, bertempat di Atrium Pusat Pelajar, UPSI. 

Program MLBB Championship : Heroes Of The Dawn ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk memberi pendedahan dan peluang kepada mahasiswa/i untuk melibatkan diri secara aktif dan tersusun dalam dunia e-sukan.

Program ini bukan sahaja dapat membina komuniti e-sukan kampus yang sihat, inklusif dan berdaya saing, malah mampu memberi pengalaman langsung kepada mahasiswa/i dalam mengurus dan menyertai kejohanan kompetitif yang berskala lebih profesional.

Pengetua Kolej Ungku Omar, Prof Dr. Mohd Nizam Hj Nasrifan, berkata dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan, tetapi satu platform untuk melatih strategi, disiplin, fokus dan kerjasama dalam kalangan mahasiswa.

Beliau turut menyatakan rasa bangga terhadap semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

Tambahnya lagi, setiap pasukan telah membuktikan keupayaan dan semangat kesukanan yang tinggi, menjadikan semua peserta sebagai wira sebenar yang layak digelar Heroes of the Dawn.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pengetua kolej, felo dan wakil pentadbir kolej sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan mereka. 

Justeru, para peserta disarankan untuk mengekalkan semangat kerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain, sebagaimana yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Gambar semasa pertandingan dijalankan 
 Gambar Dr. Nizam berucap 
Gambar penyampaian hadiah kepada pemenang

Nilai seperti toleransi, komunikasi dan semangat berpasukan yang dipupuk melalui e-sukan ini diharapkan dapat diteruskan.Dengan berakhirnya program MLBB Championship : Heroes Of The Dawn, diharapkan agar program ini dapat menjadi platform untuk memupuk semangat berpasukan, strategi, dan daya saing dalam kalangan peserta.

Program ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim antara peserta sambil menekankan nilai kesukanan, kerjasama dan semangat juang yang tinggi, sejajar dengan aspirasi UPSI untuk melahirkan mahasiswa yang berpotensi dan berdedikasi.