oleh: Arif Imran Haqimy Ahmad & Dr Ahmad Saufiyyan Abu Hassan  | 13 Januari 2026 | 12:05 PM 

Tanjong Malim, 13 Januari 2026 – Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memilih kafe di hadapan Dewan Kuliah Pelajart, Kampus Sultan Azlan Shah sebagai  pilihan bagi menghilangkan rasa lapar dan dahaga mereka. Kafe yang dibuka daripada 8.00 am  hingga 5.00 pm, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, telah menjadi tumpuan para pelajar,  terutamanya pelajar Semester 1, kerana pelbagai pilihan juadah yang dihidangkan serta rasa  yang lebih enak. 

Makanan yang dihidangkan adalah seperti nasi ayam, bakso dan juga menu berlauk telah  berjaya menarik perhatian mahasiswa dan mahasisiwi yang baru selesai waktu kuliah,  terutamanya di Dewan Kuliah Pelajar yang terletak di UPSI. 

“Makanan sini memang sedap. Kalau bandingkan dengan kafe di kolej pun, sini lebih murah  dan berpatutan.”, kata Faten Isabella binti Mohd Falmi, 19, pelajar Semester 1 daripada Fakulti  Pembangunan Manusia (FPM).

“Biasanya kelas pagi akan habis pukul 10.00 am, dan akan terus datang ke Kafe DKP sebab  ada banyak pilihan lauk.” Itu yang dikatakan oleh Siti Alisha Ariana binti Khairunizzam, 19,  pelajar Semester 1 pagi Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Sahabatnya juga, Anis Mastura binti Mohd Rashid, 19, turut mengatakan perkara yang sama  dan berkata bahawa mereka akan menjadikan Kafe DKP sebagai pilihan utama mereka selepas  selesai kuliah.