Peserta Bergambar BerkumpulanPeserta Bergambar Berkumpulan

oleh: Arissa Hasya Auni

Kuala Lumpur, 27 Februari 2026 – “Lima jurnal UPSI bakal dihantar bagi mendapatkan pengindeksan Scopus tahun 2026”.

Demikian ucapan Pengarah Pejabat Karang Mengarang (PKM), Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah ketika berucap sempena pembukaan Bengkel Semakan Kualiti Jurnal UPSI bagi Persediaan Permohonan Scopus 2026 bertempat di Hotel Tamu, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 25 Februari 2026 hingga 27 Februari 2026.

“Jurnal-jurnal tersebut termasuklah The Asian Journal of English Language and Pedagogy (AJELP), ,The Southeast Asia Early Childhood Journal (SAECJ), EDUCATUM Journal of Science, Mathematics and Technology (EJSMT), International Business Education Journal (IBEJ) dan SIBAWAYH, Arabic Language and Education Journal.” kata Dr Nordiana.

Dr Ramadhansyah Memberi Bimbingan
Suasana Dalam Bilik Bengkel

Menurut beliau, lima jurnal tersebut dipilih oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Suriani Abu Bakar dan seterusnya dimasukkan dalam perancangan Aspirasi Universiti.

“Naib Canselor meminta agar jurnal-jurnal bidang pendidikan dikemukakan untuk mendapatkan pengindeksan berimpak tinggi” tambah Dr Nordiana.

Menurut Dr Nordiana lagi, dua jurnal yang dikemukakan pada tahun lepas tidak dapat melepasi saringan awal pihak Scopus. Namun demikian, ulasan daripada pihak Scopus dapat membantu jurnal-jurnal lain untuk membuat penambahbaikan.

“bidang yang tidak terdapat dalam senarai jurnal berindeks Scopus berpotensi untuk mendapat pengindeksan” kata Dr Nordiana.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Penarafan dan Pengantarabangsaan), PKM, Dr Laili Farhana Md Ibharim berkata bidang itu jangan terlalu umum (English Literature) tetapi lebih spesifik seperti “Innovation In English Teaching and Learning” atau “A.I in Digital Marketing”.

Sesi bengkel bermula dengan sesi bimbingan oleh Profesor Madya Dr Ramadhansyah Putra Jaya yang merupakan Perunding bagi Projek Pengindeksan Berimpak Tinggi Jurnal UPSI.

Sepanjang dua hari bengkel, Dr Ramadhansyah menyumbang kepakaran dan pengetahuannya yang luas dalam pengindeksan berimpak tinggi jurnal di Malaysia. Antara bimbingan yang dibuat secara “hands on” kepada Ketua Editor termasuklah kepada skop “Peer Review”, “Editorial Board”, “Publication Ethics”, “Article Quality”, “Language & Abstract”, “Publication Consistency”, “Author Diversity”, “Technical Standards”, “Website & Accessibility” dan “Citation Performance”.

Timbalan Pendaftar Kanan PKM yang juga Ketua Seksyen Jurnal, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, berkata bengkel ini dihadiri 20 peserta melibatkan sidang editor dan pasukan Seksyen Jurnal.

“Penganjuran bengkel yang berlangsung pada bulan Ramadhan ini masih berjaya memberi ruang kepada Ketua Editor atau wakil membuat penambahbaikan secara terus selain mereka komited menyelesaikan tugasan yang diberikan” kata Ahmad.

“Penganjuran sesi bengkel lanjutan akan diadakan bagi memantau persediaaan lima jurnal UPSI bersama-sama dengan perunding sehingga permohonan dikemukakan bagi mendapatkan pengindeksan Scopus. Seperti yang dikatakan oleh Dr Nordiana, penghantaran permohonan dijangkakan dalam tempoh 6 bulan” tambah Ahmad.

Dr Mazlina dan Dr Jamilah tekun membuat tugasan
Dr Intan dan Dr Mazlin mendengar sesi bimbingan

Sementara itu,  Ketua Editor SAECJ, Profesor Madya Dr Mazlina Che Mustafa dan editor, Dr Jamilah Mohd Basir merakamkan ucapan terima kasih kepada PKM.

‘Insya-Allah pasukan SAECJ cuba buat yang terbaik untuk siapkan “task” kata Dr Jamilah.

Ketua Editor AJELP,  Profesor Madya Dr Intan Safinas Mohd Ariff Albakri dan editor, Dr Mazlin Mohamed Mokhtar berkata bengkel anjuran PKM ini sangat bermanfaat kepada pasukan jurnal.

“Semoga ada sinar Scopus yang lebih terang selepas ini” kata Dr Mazlin.