Oleh Nur Amanina Arizam
Tanjong Malim, 20 April 2026 – Telah berlangsungnya program anjuran Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), iaitu Program Tadabbur Al-Quran Mufiq Siri 1/2026 di Bilik Seminar, Pusat Islam.
Pendaftaran bermula seawal 8:30 pagi dan pihak penganjur menyediakan senaskhah Al-Quran MUFIQ terbitan Nasyrul Quran dan UPSI yang kepada para peserta yang hadir.
Ketibaan penceramah utama, Y.Bhg Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya yang juga merupakan mantan qariah antarabangsa dan tokoh tarannum tanah air yang berasal dari negeri Perak.



Beliau memberikan perkongsian mengenai perjalanan hidup sebagai seorang qariah dan usaha beliau menubuhkan Academy Of Sharifatuna Quranic Arts (AQSA) di samping menjadi seorang penceramah bebas serta pengajar ilmu Al-Quran.
Beliau juga turut mengalunkan demonstrasi bacaan taranum serta menekankan kelebihan al-Quran kepada insan yang beramal dengannya.
Program ini mencapai kemuncaknya dan diakhiri dengan alunan 99 nama Allah dan qasidah yang dipopularkan oleh beliau di Bosnia melalui platform YouTube.


Para perserta juga berpeluang melawat Galeri Pusat Islam selepas program berakhir. Rata-rata hadirin yang terdiri oleh kakitangan wanita UPSI, muslimat masjid-masjid sekitar Daerah Muallim dan anak-anak tahfiz menunjukkan minat mendalam terhadap ilmu al-Quran yang telah disampaikan oleh Y.Bhg Ustazah.


Para peserta juga berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi memberikan manfaat kepada masyarakat setempat dan penyertaan dapat dibuka kepada lebih ramai peserta agar ilmu qiraat dan taranum sentiasa berkembang dan tidak akan luput ditelan zaman.
