Oleh : Sorfina Adawiah Fakhrur Razi
NEGERI SEMBILAN, 19 APRIL 2026 – Seramai 44 orang peserta daripada kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) termasuk Majlis Tertinggi serta Exco Kelab Rekreasi Luar UPSI (KERLU) berjaya menawan Gunung Angsi, Negeri Sembilan. Gunung ini terletak berhampiran dengan Seremban dengan ketinggian 825 meter dari aras laut.
Program Eco-Quest: Angsi Trails ini dimulakan seawal 6 pagi dari UPSI. Perjalanan bas mengambil masa selama 3 jam dan tiba tepat pada 9 pagi, ekspedisi dimula melalui Bukit Putus. Dalam perjalanan menuju ke puncak, peserta berhadapan dengan detik cemas apabila hujan yang lebat mula turun. Kebanyakan peserta tergolek akibat trek laluan yang licin asbab dari air hujan yang mengalir dengan deras ke bawah. Namun begitu, semua peserta berjaya sampai ke puncak dengan selamat.
Selain menghadapi trek pendakian yang mencabar, peserta turut didedahkan dengan kepentingan menjaga alam sekitar dengan tidak membuah sampah makanan merata-rata demi menghargai keindahan flora dan fauna.
Nurul Alysa Binti Ayub, Pengarah Program bagi Eco-Quest: Angsi Trails menyatakan program kali ini merupakan pendakian gunung pertama dalam tahun 2026 bagi ahli KERLU. Kejayaan ini menunjukkan kekuatan jiwa pelajar UPSI dalam mengharungi cabaran semasa menghabiskan pendakian untuk sampai ke puncak.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya memperkukuh hubungan baik antara ahli kelab, membentuk disiplin dan mengasah daya tahan yang tinggi dalam diri peserta. Diharapkan agar program pendakian gunung ini dapat dilaksanakan pada masa hadapan demi melahirkan sifat pelajar UPSI yang cekal dalam menghadapi cabaran.
