Oleh : Siti Nurhafizah Binti Mohd Roseki  

TANJONG MALIM, 24 APRIL 2026 – Program Citra Minda: Terapi Kognitif Tingkah Laku  (CBT) telah diadakan pada 24 April 2026 (Jumaat) secara dalam talian bermula jam 8:00  malam hingga 11:00 malam melalui platform Google Meet dan YouTube Live.

Program  yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Persatuan Bimbingan dan Kaunseling (KASIH) ini  menampilkan Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip, pensyarah  daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),  sebagai penceramah jemputan.

Program ini juga melibatkan seramai 3591 peserta yang  terdiri daripada seluruh pelajar universiti yang berminat untuk menyertai sesi perkongsian,  kaunselor berdaftar, pihak profesional kaunseling, tenaga pengajar, Pusat Pemulihan  Dadah Persendirian (PPDP) dan sebagainya.  

Program Citra Minda: Terapi Kognitif Tingkah Laku (CBT) bertujuan untuk memberi  pendedahan kepada peserta mengenai konsep dan aplikasi terapi kognitif tingkah laku  dalam kehidupan seharian.

Melalui perkongsian ini, peserta dapat memahami bagaimana  pemikiran mempengaruhi emosi dan tingkah laku, seterusnya mempelajari teknik untuk  mengurus tekanan serta meningkatkan kesejahteraan mental.  

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah Program, iaitu Gayathri A/P Ganesan.  Dalam ucapan tersebut, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua  pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini secara dalam  talian.

Beliau menzahirkan rasa syukur kerana program ini dapat dilaksanakan dengan  lancar dan teratur. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para peserta atas  komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung.

Akhir sekali, beliau  berharap agar program ini dapat memberi manfaat serta pengalaman baharu kepada  semua peserta, di samping dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Dalam ucapan perasmian program ini, Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin, Presiden  PERKAMA International menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur atas  kejayaan melaksanakan program secara dalam talian yang berfokus kepada Teori  Cognitive Behavioral Therapy (CBT).

Beliau menekankan bahawa pendekatan CBT amat  penting dalam membantu individu memahami kaitan antara pemikiran, emosi dan tingkah  laku, seterusnya membentuk cara berfikir yang lebih positif dan seimbang.

Beliau juga  menyokong usaha pendedahan ilmu seperti ini kerana ia bukan sahaja relevan dalam  bidang kaunseling, malah berguna dalam kehidupan seharian untuk mengurus tekanan  dan cabaran hidup dengan lebih berkesan. Akhir sekali, beliau merasmikan program  tersebut dengan harapan agar semua peserta dapat menghayati dan mengaplikasikan  ilmu CBT dalam kehidupan mereka. 

Sesi fotografi pertama telah diadakan sebagai kenangan sepanjang berlangsungnya  Program Citra Minda: Terapi Kognitif Tingkah Laku (CBT). Sesi ini melibatkan barisan  penganjur serta para peserta sebagai tanda penghargaan dan kenangan terhadap  penglibatan mereka dalam menjayakan program tersebut. 

Sesi perkongsian oleh Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip berkaitan  Teori Cognitive Behavioral Therapy (CBT) telah berlangsung dengan penuh manfaat dan  berjaya menarik perhatian para peserta.

Dalam sesi tersebut, beliau telah menerangkan  konsep asas CBT yang menekankan hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkah laku  manusia. Beliau turut berkongsi contoh situasi sebenar bagi membantu peserta  memahami bagaimana pemikiran negatif boleh mempengaruhi tindakan dan perasaan  seseorang.

Screenshot
Screenshot

Selain itu, beliau menekankan kepentingan mengubah corak pemikiran  kepada yang lebih rasional dan positif bagi meningkatkan kesejahteraan diri. Secara  keseluruhannya, sesi perkongsian ini sangat bermakna dan memberikan input yang  berguna kepada semua peserta.  

Sesi fotografi kedua telah diadakan pada penghujung program sebagai tanda kenangan  dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Sesi ini turut menjadi simbol  penutup kepada Program Citra Minda: Terapi Kognitif Tingkah Laku (CBT) yang telah  berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian bermanfaat.