Gambar individu yang terlibat di Forum Media HAWANA 2026Gambar individu yang terlibat di Forum Media HAWANA 2026

Oleh: Aida Ismail & Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan

Universiti Pendidikan Sultan Idris turut menghantar wakil mahasiswa bagi menyertai Forum Media HAWANA 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 7 Mei 2026 dengan penyertaan lebih 200 pengamal media, ahli akademik, penggiat perhubungan awam serta pelajar universiti awam dan swasta bagi membincangkan cabaran industri media dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI).

Program anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia itu membincangkan cabaran kelangsungan industri media dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI). Forum tersebut turut menghimpunkan ketua organisasi media dari Sabah dan Sarawak, wakil agensi media asing di Malaysia serta pelbagai pihak berkepentingan dalam landskap media negara.

Wakil UPSI yang hadir terdiri daripada pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) bagi kursus Komunikasi Sosial yang mewakili Awana. Penyertaan ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman secara langsung bersama pengamal industri media serta memahami perkembangan semasa dunia komunikasi dan kewartawanan digital.

Selain mendengar perkongsian panel forum, para peserta turut berpeluang bertukar pandangan mengenai peranan media dalam menyampaikan maklumat sahih kepada