Oleh: Nurul Syuhada binti Rosli

Tanjong Malim, 22 Mei 2026 – Blok Kediaman 3 yang dikenali sebagai Sakura, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Program Shuttle Strike yang terbuka kepada semua penghuni kolej wanita. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 18 orang peserta daripada seluruh penghuni KHAR.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan minat pelajar terhadap aktiviti sukan khususnya badminton. Program Shuttle Strike mempertandingkan permainan badminton secara individu dan juga beregu bagi memberi peluang kepada para peserta menunjukkan bakat, kemahiran serta semangat kesukanan dalam suasana yang sihat dan harmoni.

Selain itu, program ini juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni kolej tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui aktiviti sukan yang dijalankan, para peserta dapat memupuk nilai kerjasama, disiplin, toleransi serta semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa. Penglibatan aktif dalam program seperti ini juga mampu melahirkan pelajar yang cergas dari segi fizikal dan mental seiring dengan gaya hidup mahasiswa yang produktif.

Bagi mencapai objektif program yang dirancang, program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta sebelum para peserta dibahagikan mengikut kategori individu dan beregu. Pertandingan badminton dijalankan secara teratur dan lancar dalam suasana yang meriah serta penuh semangat kesukanan daripada para peserta dan penyokong yang hadir. Setiap peserta menunjukkan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti berlangsung.

TEMPAT PERTAMA BAGI BADMINTON SECARA INDIVIDU

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk beriadah, malah membantu meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran komunikasi antara penghuni kolej. Suasana pertandingan yang santai dan menyeronokkan turut menjadikan program ini lebih bermakna kepada semua yang terlibat.

TEMPAT KEDUA BAGI BADMINTON SECARA INDIVIDU
TEMPAT KETIGA BAGI BADMINTON SECARA INDIVIDU
TEMPAT KEEMPAT BAGI BADMINTON SECARA INDIVIDU

Hampir jam 11.30 malam, Program Shuttle Strike melabuhkan tirainya dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Medal dan saguhati yang disediakan bukanlah semata-mata ukuran kemenangan, sebaliknya sebagai tanda penghargaan atas usaha, komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap peserta sepanjang pertandingan berlangsung. Berdasarkan maklum balas yang diterima, program ini mendapat respon yang sangat baik kerana aktiviti yang dijalankan menyeronokkan, aktif dan mampu mengeratkan hubungan sesama penghuni kolej.

TEMPAT PERTAMA BAGI BADMINTON SECARA BEREGU
TEMPAT KEDUA BAGI BADMINTON SECARA BEREGU
TEMPAT KETIGA BAGI BADMINTON SECARA BEREGU

Program berakhir dengan jayanya melalui sesi fotografi bersama barisan AJK Blok dan semua peserta yang hadir. Program ini turut memberikan impak positif kepada para peserta dari aspek kerjasama berpasukan, disiplin, toleransi serta semangat kesukanan yang tinggi. Diharapkan agar Program Shuttle Strike dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan pelbagai aktiviti sukan yang lebih menarik dan bermanfaat kepada mahasiswa.

TEMPAT KEEMPAT BAGI BADMINTON SECARA BEREGU
TEMPAT KELIMA BAGI BADMINTON SECARA BEREGU