Oleh: Nurul Ameera Izzati binti Mohd Khawi, Dr. Wan Maslukma binti Wan Zaharudin
Tanjung Malim, 14 & 15 Mei 2026 – Persatuan Pendidikan Islam (PPI), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya menganjurkan Protocol Week: Shine with Confidence yang dianjurkan oleh Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa PPI.
Sebuah program yang mempertandingkan pertandingan syarahan dan emcee duo bagi mencungkil bakat serta meningkatkan keyakinan diri mahasiswa/i dalam bidang pengucapan awam dan pengacaraan.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta yang tampil menunjukkan bakat, kreativiti dan kemahiran komunikasi masing-masing.
Pertandingan syarahan memberi peluang kepada peserta menyampaikan idea dan pandangan dengan penuh yakin serta berkesan, manakala pertandingan emcee duo pula menguji keserasian, gaya penyampaian dan kebolehan peserta mengendalikan majlis dengan menarik.


Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan semangat saing yang positif serta komitmen yang tinggi dalam setiap pertandingan yang dijalankan. Gelagat dan persembahan peserta turut berjaya menceriakan suasana program sekaligus menarik perhatian para penonton yang hadir memberi sokongan.



Secara keseluruhannya, Protocol Week: Shine with Confidence berlangsung dengan jayanya serta memberi pengalaman yang bermakna kepada para paserta dalam menyerlahkan bakat dan kemampuan diri. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi melahirkan mahasiswa/i yang lebih yakin, kreatif dan berkualiti dalam bidang komunikasi serta pengucapan awam.
