oleh Nurfatini Izzati dan Rabiatun Adawiyah

Tanjong Malim, 18 Mei 2026 – Townhall Parlimen Mahasiswa UPSI 2026 merupakan sesi dialog secara terbuka yang menghimpunkan antara pemimpin mahasiswa iaitu Majlis Perwakilan Pelajar bersama warga kampus UPSI untuk menyuarakan, membincangkan perkara, memfokuskan tentang isu semasa, aduan dan cadangan secara langsung melalui perbincangan interaktif.

Program ini dihadiri seramai 270 orang mahasiswa dengan diberikan mandat penuh kepada Ahli Dewan Parlimen Mahasiswa UPSI untuk menyuarakan pandangan, membahaskan dasar, serta mengemukakan cadangan jelas melibatkan isu kebajikan, akademik, dan kehidupan di kampus. Platform secara terbuka ini bukan sahaja memastikan suara mahasiswa sentiasa dihargai malah meningkatkan penambahbaikan serta kemajuan terhadap universiti.

Perwakilan pesatuan yang hadir bukan sahaja menjadi peserta malah membawa isu-isu dan aduan mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu mereka dapat mempratikkan Teknik komunikasi yang berkesan serta cara penyampaian yang lebih jelas untuk memastikan suara mahasiswa dapat didengari secara jelas dan terperinci.

Sesi ini dibuka oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar iaitu saudara Muhammad Luqman Nurhakim Zulikhsyam dengan memperkenalkan Majlis Teringgi berserta barisan Exco Kepimpinan untuk memudahkan isu-isu yang berbangkit diperjelaskan oleh yang berkenaan. Antara isu yang berbangkit semasa sesi ini adalah penutupan perhentian bas di Kolej Aminuddin Baki dan Kolej

Antarabangsa yang disokong ramai oleh perwakilan lain kerana tapak perhentian bas yang digunakan sebagai lokasi penganjuran festival yang menyebabkan operasi bas terganggu dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Situasi ini berlarutan sehingga hampir satu bulan yang disambung oleh program lain sehingga memberikan kesan kepada mahasiswa yang menginap di kolej kediaman tersebut. Perbincangan dan debat yang berlangsung dapat melahirkan mahasiswa yang berfikiran kritis, pengurusan konflik dan kepimpinan dalam menghadpi cabaran di masa hadapan dari setiap sudut. Akhir kata, pelaksanaan program ini memberikan impak yang positif terhadap imej dan kredibiliti UPSI sebagai universiti pendidikan terulung di Malaysia. Dengan peluang yang diberikan kepada mahasiswa untuk bersuara dan bergiat aktif dalam bersama-sama membuat keputusan organisasi diharapkan dapat menjadi platform yang efektif dalam menghubungkan mahasiswa dengan pihak pengurusan universiti serta mencipta suasana yang lebih inklusif dan dinamik di UPSI.

Program “Diskusi Demi Solusi” : Townhall Parlimen Mahasiswa UPSI 2026 bertujuan menyemai budaya berpolitik secara sihat, matang, dan berintegriti dalam kalangan mahasiswa. Program ini mendidik pelajar untuk tidak sekadar mengkritik atau mengajukan aduan malah bersama-sama menyumbang idea dan cadangan yang membina demi kemajuan universiti serta menjadi medium untuk membincangkan masalah realistik yang dihadapi oleh pelajar di kampus dengan merangkumi aspek kebajikan, fasiliti, akademik, pengangkutan, dan kehidupan harian mahasiswa dan seterusnya mencari jalan penyelesaian (solusi) yang efektif dan dipersetujui bersama.

    Program ini merupakan sesi dialog secara terbuka yang menghimpunkan antara pemimpin mahasiswa iaitu Majlis Perwakilan Pelajar bersama warga kampus UPSI untuk menyuarakan, membincangkan perkara, memfokuskan tentang isu semasa, aduan dan cadangan secara langsung melalui perbincangan interaktif.

    Melalui penglibatan aktif dalam Program Townhall Parlimen Mahasiswa UPSI 2026, para perserta bukan sahaja berpeluang memperoleh akses kepada saluran komunikasi dua hala yang rasmi dan telus untuk mengemukakan aduan serta menyuarakan pandangan secara terus kepada pihak pengurusan malah platform ini bertindak sebagai medan praktikal yang efektif untuk mengasah kemahiran insaniah, mempertingkat keupayaan berhujah berasaskan fakta, serta melatih teknik komunikasi strategik dalam menyampaikan idea yang matang di hadapan khalayak tinggi.

    Akhir sekali, program berskala besar ini membuka ruang jaringan strategik yang dinamik bagi merapatkan jurang komunikasi antara perwakilan pelbagai kelab dan persatuan, sekali gus menggalakkan sinergi inklusif dalam komuniti kampus. Melalui platform ini, setiap komitmen dan sumbangan idea bernilai daripada para peserta akan diiktiraf sebagai komponen penting.