oleh: Dr. Nurbieta Abd Aziz dan Aina Sofiya Hidzral.

Tanjong Malim, 13 JUN 2026 – Pelajar Pendidikan Khas Kursus KBK 3093 Intervensi dalam  Pendidikan Khas di bawah Jabatan Pendidikan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  telah berjaya menganjurkan Program SULAM SEN-CARE yang berlangsung pada 13 Jun 2026.  Penganjuran program ini bertujuan memperkenalkan kit intervensi untuk membantu kanak-kanak  autisme serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan sokongan dan intervensi  awal.

Program ini dianjurkan dengan menekankan intervensi awal yang dapat dilakukan bagi membantu  kanak-kanak autisme dari segi masalah kognitif, komunikasi, aktiviti harian, sosial emosi, motor  kasar, motor halus dan vokasional. Pelajar KBK 3093 telah menyediakan pameran dan aktiviti  intervensi yang dapat dilihat dan disertai oleh ibu bapa serta anak-anaknya. Program ini juga  terbuka kepada mahasiswa mahasiswi pelajar UPSI bagi menambah ilmu pengetahuan dan  kesedaran tentang kepetingan sokongan dan intervensi awal.

Pertandingan ini telah mendapat penyertaan seramai 95 orang pelajar UPSI, 5 pensyarah, 17 ibu  bapa dan anak-anak serta 8 orang di sekitar Tanjung Malim. Sepanjang tempoh program berlangsung, para peserta berpeluang menzahirkan masalah atau persoalan mereka terhadap pelajar  Pendidikan Khas KBK 3093. Setiap intervensi awal yang dihasilkan daripada pelbagai aspek memperlihatkan keunikan idea serta kreativiti pelajar dalam membantu kanak-kanak autism serta  ibu bapa.

Kepelbagaian intervensi awal yang dihasilkan oleh pelajar Pendidikan Khas khusus KBK 3093 turut memperlihatkan bagaimana intervensi ini dilakukan serta memberi pendedahan awal dengan  situasi sebenar dalam menguruskan kanak-kanak autism dan neurodiversity melalui pameran dan  aktiviti intervensi. 

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada USL Educational Supplies  dan Tunas Early Education Programme atas tajaan yang diberikan, Penasihat Program, Dr.  Nurbieta binti Abd Aziz, atas bimbingan dan sokongan yang diberikan sepanjang penganjuran  program ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Pengarah Program SULAM SEN-CARE, Nur  Umairah binti Nur Muazam, serta seluruh ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus  memastikan pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Penganjuran program ini diharapkan dapat terus memupuk kesedaran masyarakat terhadap  intervensi awal bagi kanak-kanak autisme. Inisiatif seperti ini juga dilihat mampu memberi ruang  kepada mahasiswa untuk belajar dengan situasi yang realiti serta menjana idea bagi meningkatkan  cara intervensi awal yang lebih efektif sejalan dengan era teknologi sekarang, sekali gus  menyumbang kepada pembangunan idea dan kesedaran dalam kalangan warga UPSI.