Disediakan oleh : Muhamad Isyraf Khan Mohamed Igbal Khan Majlis Mahasiswa
Kolej Aminuddin Baki (MMKAB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sidang 2026/2027 telah mengadakan Program Mahabbah Rasul, Jejak Sunnah, Membina Ummah pada hari Khamis 27 Ogos 2026 bertempat di Surau Al Falah Kolej Aminuddin Baki. Program ini dilaksanakan bagi menerapkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi Muhammad SAW penghulu segala Nabi dalam kalangan penghuni Kolej Aminuddin Baki yang beragama Islam. Program ini turut memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan seorang Rasul yang dipenuhi dengan ujian dan cabaran hidup yang mencabar sejak dari baginda lahir sehingga kewafatannya.



Program Mahabbah Rasul, Jejak Sunnah, Membina Ummah ini menampilkan dua slot utama iaitu Bacaan Yassin dan Qasidah selepas solat Maghrib. Slot kedua ialah ceramah Maulidur Rasul yang menerangkan perjalanan hidup seorang Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hasbi bin Abdul Rahman. Kedua dua slot ini menetapkan rasa semangat kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW sekaligus mengajak kalangan pelajar untuk mengikuti sunnah dan cara hidup baginda Nabi Muhammad SAW.
“Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengendalikan program ini, banyak ilmu yang dipelajari dan info yang bermanfaat yang dapat dikongsikan bersama penghuni yang lain. InshaAllah saya harap saya dapat laksanakan program yang berimpak tinggi seperti ini lagi dan semoga pengisian yang dikongsikan oleh penceramah menjadi asbab kebaikan dunia dan akhirat“
Program seperti ini harus dilaksanakan dengan lebih kerap di kalangan pelajar universiti kerana pengisian yang bermanfaat mampu membentuk sahsiah diri yang mantap sekaligus mengisi pendekatan yang baik di dalam aspek kerohanian diri masing masing

