Oleh : Abdul Qayyim Huzaimy bin Abdul Kadir Jailani
Tanjong Malim, 20 September 2026 – Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (MMKHAR) telah memulakan siri program orientasi dan pengenalan bagi sesi akademik baharu dengan jayanya. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 19 September hingga 20 September 2026 ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai struktur organisasi, budaya kerja, serta aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang sesi 2026/2027.
Pada 19 September 2026 (Sabtu), program dimulakan dengan sesi pendaftaran AJK Pelaksana pada jam 7:30 pagi. Seramai 700 pelajar daripada Sesi 1 (KHAR 1, KHAR 2, dan KHAR 5) telah hadir memeriahkan Dewan Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sesi pagi ini dimulakan dengan ketibaan pelajar sarjana muda ke Aspirasi A201, diikuti dengan ketibaan rasmi Pengetua dan Felo-felo Kolej Harun Aminurrashid.
Majlis diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Perak, serta Ucapan Aluan Pengurus Majlis. Sesi bergambar dan bacaan doa menandakan permulaan rasmi program. Pada jam 9:00 pagi hingga 10:15 pagi, sesi pengenalan Pengetua, Felo, dan Pihak Pentadbiran Kolej Harun Aminurrashid telah disampaikan, memberi peluang kepada pelajar baharu mengenali barisan pentadbir yang akan membimbing mereka. Sesi ini diakhiri dengan sesi soal jawab sebelum rehat pada jam 10:30 pagi.
Bagi Sesi 2 (KHAR 3, KHAR 4, dan KHAR 6), program yang sama telah dijalankan pada sebelah tengah hari bermula jam 10:30 pagi hingga 1:00 petang. Pelajar diberikan taklimat yang sama bagi memastikan semua warga kolej mendapat maklumat yang lengkap mengenai hala tuju kolej.
Pada 20 September 2026 (Ahad), program diteruskan dengan Slot 2: Sukaneka. Bermula jam 7:30 pagi, pendaftaran AJK Pelaksana dibuka, diikuti dengan ketibaan pelajar sarjana muda. Aktiviti bermula dengan sesi senamrobik pada jam 8:30 pagi yang bertujuan menyegarkan badan sebelum aktiviti fizikal yang lebih mencabar.
Sesi taklimat pada jam 8:45 pagi memberikan penerangan mengenai peraturan dan aktiviti sukaneka. Pada jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi, pelajar terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti sukaneka yang direka untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kerja berpasukan. Program ini diakhiri dengan rehat pada jam 11:00 pagi.



Pada sebelah malam 20 September 2026 (Ahad), satu sesi khas telah diadakan bermula jam 7:30 malam. Selepas pendaftaran AJK Pelaksana dan ketibaan pelajar, sesi dimulakan dengan Tayangan Video Korporat pada jam 8:30 malam, diikuti dengan Perarakan Masuk MMKHAR. Ini memberi gambaran kepada pelajar baharu mengenai identiti dan peranan MMKHAR.
Sesi Slot Pengenalan MMKHAR pada jam 8:50 malam hingga 10:30 malam merupakan inti pati kepada program ini, di mana pelajar didedahkan dengan struktur organisasi, visi, dan misi MMKHAR. Sesi ini diakhiri dengan Pembentangan Visi Misi pada jam 10:30 malam, diikuti dengan Sesi Fotografi Bersama Penghuni sebelum program bersurai pada jam 11:00 malam.
Secara keseluruhannya, program orientasi dan pengenalan ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkenalkan budaya kepimpinan, menyemai semangat kesukanan, serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan pelajar baharu. Penganjuran program ini membuktikan komitmen MMKHAR dalam melahirkan pemimpin mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dalam aktiviti kokurikulum dan organisasi.
