UPSI – UPSI menerima kunjugan rasmi daripada Kedutaan Palestine yang diketuai oleh Duta Palestine ke Malaysia, Dr. Anwar H. Al Agha, serta Academic Attache, Dr. Ahmad Metani, pada 19 Januari 2016 bertempat di Bilik Mesyurat BC 2-7, Bangunan Canselori.
Dr. Anwar H. Al Agha berkata lawatan tersebut bertujuan mengetahui dengan lebih lanjut program yang ditawarkan di UPSI.
Tambah beliau, Malaysia menjadi tumpuan utama pelajar dari Palestine dan Sudan untuk melanjutkan pengajian. Pelajar bukan sahaja dapat menimba ilmu tetapi dapat belajar mengenai kebudayaan, sosial dan ekonomi di Malaysia.
Dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa itu juga turut memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama khususnya mendapatkan pelajar dari Palestine untuk melanjutkan pengajian di UPSI kerana UPSI mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Intan Safinas Mohd Ariff Albakri berkata, lawatan rasmi seperti itu dapat membuka peluang kepada UPSI menerima pelajar antarabangsa dengan lebih ramai.
Hadir sama Dekan Fakulti Muzik & Seni Persembahan, Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon, Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, prof. Dr. Amir Hasan Dawi, Dekan Institut Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Mahzan Arshad, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Mohd Husyaini Hasyim dan Ketua Bahagian Akademik, Dr. Hajah Zainab Othman serta wakil fakulti.
Artikel ini telah diterbitkan pada 20 Januari 2016.