IMG_0533

UPSI – Majlis Pengarah-Pengarah Keselamatan Universiti Awam, Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan IPTA Malaysi (GAKUM), Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM), Kesatuan Pegawai Am (KPA) UPSI  menganjurkan Diskusi Perkhidmatan Awam : Road Map Skim Keselamatan (KP) Pengawal Keselamatan & Polis Bantuan  pada 25 Februari  2016, bertempat di Dewan SITC, UPSI.

Majlis yang dihadiri oleh penjawat awam Skim Keselamatan dari pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, dan universiti-universiti  awam ini membincangkan hala tuju skim bagi menambah baik peluang dan kerjaya skim tersebut.

IMG_0465   IMG_0638

Diskusi diadakan dalam dua sesi perbincangan iaitu, Sesi 1: Hala Tuju Skim KP yang dipengerusikan oleh Pengarah Keselamatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kapten (B) Yusoff  Ramli dan dua panel iaitu Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Muhamad Zakril Azan Abdullah dan Pengerusi GAKUM, Ku Azmi Ku Ibrahim.

Manakala Sesi 2 : Diskusi / Perkongsian Pengalaman “Perjuangan Dalam Penambahbaikan Skim” dipengerusikan oleh En. Aisamuddin A. Jalil dan empat panel iaitu, Dato’ Haji Omar Haji Osman, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imegresen Malaysia, En. Khairil Niza Khairuddin, Pengerusi CUEPACS Negeri Perak, En. Suhaimi Dato’ Haji Othman dan Pengurus Kanan Keselamatan Tabung Haji, En. Wan Shamshol Husin (DSP/PB).

Artikel diterbitkan pada 02 Mac 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)