Copy of 12938314_218523401840713_4849453292844603718_n

UPSI, 1 April 2016 – Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) dalam lonjakan yang pertama, iaitu Graduan Holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi mengorak langkah menubuhkan Our-Mart.

Menurut Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Zakaria Kasa beliau amat yakin penubuhan O-Mart dapat dijadikan sebagai ‘platform’ untuk para pelajar menimba pengalaman sebenar menjalankan perniagaan. “Aktiviti yang berbentuk ‘hands-on’ ini adalah sangat wajar dilaksanakan sebagai pelengkap kepada ilmu-ilmu yang dipelajari di dalam bilik kuliah.

Copy of 943998_218523758507344_1739235038917779462_n Copy of 12417759_218523765174010_6709251556714011467_n

“Saya berpandangan, penubuhan O-Mart ini juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada pelajar secara part-time, yang membolehkan para pelajar menjana kewangan sendiri bagi membiayai perbelanjaan sara hidup sewaktu belajar di universiti.” “Saya berharap pelajar-pelajar yang terlibat dalam perniagaan O-Mart ini akan terus mempelajari selok belok, jatuh bangun perniagaan, dan jangan cepat berputus asa, kerana tanpa pengalaman yang dilalui ini, tidak akan menjadikan kita seorang yang berjaya,” katanya.

Tambah beliau, pengoperasian O-mart akan dijalankan oleh para pelajar FPE sendiri, malahan idea asal diilhamkan oleh beberapa orang pensyarah fakulti yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia perjalanan perniagaan tersebut. Selain itu, bagi tujuan membantu aktiviti pelajar pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) turut memberi sumbangan kepada O-Mart.

Hadir sama Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Prof. Madya Dr. Hamidah Yusof dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Puan Hjh. Wan Maizura Wan Zahari.

Artikel ini diterbitkan pada 1 April 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)