DSC_0281

UPSI, 31 Ogos – Seramai 220 orang daripada 21 buah kelab berbasikal antaranya Sekiah Makmur Cycling Club , Jiwa Kental Cycling Club, Jiwa Basikal, Bandar Behrang 2020 Cycling Club, Laguna Cycling Club, IPD Muallim, IPD Hulu Selangor, MTB Muallim, Trolak Cycling Team, Sawit Cycling Team, Seri Damansara Cycling Club, Cycling Ranger, Hollow Team, As Sakinah KKB, Geng Kota Malim, dan TM Active Bike menyertai Muallim Merdeka Ride 2016 anjuran Kelab Berbasikal Staf UPSI dengan kerjasama Pusat Sukan UPSI bersempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan Kali ke-59 peringkat Daerah Muallim.

Naib Canselor berkata, program ini juga secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi pelbagai program sambutan kemerdekaan di peringkat Daerah Muallim dan juga seterusnya menyambut kemeriahannya di seluruh negara.

DSC_0366

“Selari dengan tema sambutan kemerdekaan tahun ini, “#SehatiSejiwa”, saya berharap selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum, program ini juga dapat mempromosikan gaya hidup sihat, mengumpulkan para peminat dan atlet berbasikal, membina jaringan kerjasama antara UPSI dengan agensi luar dan seterusnya menyediakan platform kepada syarikat-syarikat korporat mempromosikan produk atau menjadi rakan strategik dalam memenuhi tanggungjawab social korporat (CSR) mereka kepada masyarakat.” katanya dalam majlis perasmian yang diadakan di hadapan bangunan Malim Sarjana.

Menurut Pengarah Teknikal program ini, Encik Mohd. Shahrul Abd Wahid, semua peserta  menempuh jarak kayuhan sejauh 35 km dengan melalui kawasan perkampungan lama seperti Kampung Cabang Lima, Kampung Lubuk Salak, Kampung Lambak, Kampung Kelawar, Bandar Proton, sekitar Pekan Tanjong Malim.

Tambah beliau, Muallim Merdeka Ride 2016 merupakan rentetan kejayaan Program Kayuhan  1MYC-UPSI UCTC ‘‘Ride With Community” pada 31 Februari 2016 yang lalu.

Tiga kelab basikal diumumkan sebagai pemenang untuk tiga kategori iaitu Sekiah makmur Cycling Club (SMCC) kategori Pasukan Paling Ramai, Pasukan Paling “Sporting’ dimenangi oleh kelab Cycling Ranger dan Laguna Cycling Clun (LCC) memengangi Anugerah Khas.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan