DSC_9217 Kuala Lumpur, 11 Oktober-Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Kuala Lumpur menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memantapkan bidang pendidikan negara khususnya dalam bidang pembelajaran berasaskan permainan (game based learning) dan permainan digital (digital games).

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, “selaras dengan MoU itu, UPSI berhasrat menjadi UniKL sebagai rakan penyelidik memandangkan universiti itu mempunyai pusat animasi terbaik iaitu Centre of Excelllence for Animation.

Sebagai timbal balik, UPSI akan melantik pensyarah UniKL sebagai rakan penyelidikan dalam bidang Animation for Education di UPSI, dan menawarkan program PhD, terutamanya yang berkaitan dengan pengajian berasaskan permainan dan permainan-permainan digital.

Tambah beliau, UPSI berminat untuk menjadi penganjur bersama dan akan menghantar pensyarah serta pelajar untuk menyertai persidangan Animation Society Malaysia yang akan dianjurkan oleh pihak UniKL.

Sementara itu, Presiden UniKL, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, memorandum tersebut melibatkan kerjasama dalam mengadakan persidangan akademik, seminar dan bengkel untuk berkongsi pengalaman, dan mengadakan penyelidikan dalam bidang berkaitan yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

DSC_9195

“Kolaborasi ini akan memberi impak kepada perkembangan kepada kedua-dua universiti. Saya percaya hubungan yang baik antara universiti ini akan memberi lebih peluang kepada kedua-dua pihak untuk terus berkembang dalam dunia pendidikan tanah air sekaligus dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dengan menggunakan kemudahan yang ada di kedua-dua tempat,” katanya.

Beliau turut berharap suatu masa nanti dapat bekerjasama untuk mengeluarkan guru dalam bidang teknikal dengan memberi peluang kepada pelajar UPSI untuk menyambung pengajian dalam bidang berkaitan di UniKL.

Memorandum tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa dan Presiden UniKL, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud, sambil disaksikan oleh pendaftar, Encik Faizi Othman.

Hadir sama, Naib Presiden (Akademik & Teknologi), UniKL, Prof. Dato’ Dr. Azanam Shah Hashim, Pengarah Makmal Penyelidikan Pendidikan UPSI, Prof. Madya Dr. Tan Wee Hoe.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)