UPSI, 18 Dis – Kelab Berbasikal Staf UPSI dan Pusat Sukan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi menganjurkan UPSI Fun Ride Jamboree 2016 bertempat di Arena Kompleks Sukan.
Naib Canselor Profesor Dato’ Dr Zakaria Kasa berkata, program kayuhan basikal sejauh 15 dan 35 kilometer itu berjaya menghimpunkan seramai 1142 peserta dari pelbagai agensi/pasukan serta individu.
Tambah beliau, program yang diadakan bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat, serta mengumpulkan para peminat dan atlet berbasikal turut disertai golongan kurang upaya dan warga emas.
“ Selain itu, program ini juga bertujuan membina jaringan kerjasama antara UPSI dengan agensi luar dan seterusnya menyediakan platform kepada syarikat-syarikat korporat mempromosikan produk atau menjadi rakan strategik dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka kepada masyarakat,” katanya.
Seramai 1015 peserta menyertai acara kayuhan sejauh 35 kilometer dan 127 peserta menyertai kategori kayuhan sejauh 15 kilometer memulakan pelepasan yang disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Pengarah pusat sukan En. Mohammad Faezz Mohammad Alias dan Presiden Kelab Berbasikal UPSI, En. Rusli Ahmad.