Putrajaya, 17 Ogos – Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Sesi 2018-2020.
Pemilihan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid untuk mempengerusikan MPPK adalah atas sebab mempunyai visi yang progresif dan pengalaman yang luas dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Turut menerima pelantikan ialah Tan Sri Yong Poh Kon (Timbalan Pengerusi), Datin Noor Azimah Abdul Rahim (Anggota), Dato’ Satinah Syed Saleh (Anggota), Datuk Dr. Sukiman Sarmani (Anggota), Brig. Jen. Dato’ Yusri Anwar (Anggota), dan Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin (Anggota)
Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, latar belakang kesemua anggota yang dilantik untuk menganggotai MPPK sesi 2018-2020 akan memainkan peranan dengan berkesan dan menyeluruh bagi meningkatkan martabat sistem pendidikan.
“ Diharap MPPK akan membantu Kementerian dengan memberikan pandangan dan nasihat khususnya untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025,”.
“MPPK akan menasihati Menteri Pendidikan dalam semua perkara yang berkaitan dengan pendidikan, daripada peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pendidikan tinggi,”.
“Kementerian Pendidikan telah meneliti profil-profil pakar pendidikan yang bersesuaian dan anggota MPPK dilantik dalam kalangan mereka yang mempunyai kepakaran, kredibiliti serta rekod prestasi yang cemerlang dalam bidang pendidikan,” katanya.
#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan
UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Educatation