Oleh: Visharliny Arumugam
Gambar: Tengku Najiehah Tengku Omar
UPSI, 1 Ogos – Selaras dengan hasrat untuk menonjolkan identiti baharu, UPSI mengibarkan bendera 34 buah negara di sepanjang jalan utama di hadapan Bangunan Canselori bermula daripada Bangunan Suluh Budiman hingga ke Rumah Za’ba sekali gus mewarnai laluan yang dijenamakan sebagai Lorong Antarabangsa.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, En. Mohd Husyaini Hashim berkata, Lorong Antarabangsa itu diinspirasikan oleh Naib Canselor Profesor Dato’ Dr. Muhammad Shatar Sabran, sebagai simbolik kerjasama yang terjalin antara UPSI dengan negara terbabit antaranya, China, Mesir, Brunei, Indonesia, Jepun, England, Iraq, Jordan, Oman, Thailand, United Kingdom, Switzerland, India, Singapura dan lain-lain.
“Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengindahkan laluan tersebut. Hasil daripada pelaksanaan ini dapat membangkitkan rasa bangga pelajar antarabangsa yang sedang belajar di sini dan sebagai tanda universiti menghargai negara-negara yang telah bekerjasama dengan UPSI,” katanya.
#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan
UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Educatation