TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan pelbagai aktiviti sempena bulan kebangsaan 2021 yang bertujuan mendidik semua warga pelajar dan masyarakat mencintai negara.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata kemerdekaan sangat bermakna dalam kelangsungan hidup dan kesejahteraan generasi hari ini.

Oleh itu, katanya, program keilmuan bercorak membicarakan kisah perjuangan kemerdekaan dapat meningkatkan pengetahuan bukan sahaja mahasiswa malah masyarakat.

Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Profesor Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim berkata program juga dilaksanakan sempena sambutan 100 tahun  Sultan Idris Traing College (SITC)- Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)- Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) itu dilaksanakan secara Virtual atau On line  secara webinar bertemakan menelusuri erti kemerdekaan, pertandingan dan diskusi.

“Ini amat penting dalam memupuk erti kemerdekaan dengan mendalam dalam setiap warga Malaysia,” katanya.

“Sebanyak empat aktiviti dipertandingkan melibatkan pelajar sekolah, pelajar universiti dan masyarakat umum iaitu Pertandingan Mencipta Quote Poster Kreatif Bertemakan ‘Merdeka Dari Wabak Covid-19’, Pertandingan Video Pendek Merdeka dan Pakaian Tradisional Mengikut Kaum Di Malaysia dan Kuiz Kemerdekaan,” katanya.Menurutnya, progam anjuran Fakulti Sains Kemanusiaan dan Jabatan Sejarah itu sudah dibuka memulakan bulan kemerdekaan bermula 2 Ogos lalu sehingga 31 Ogos 2021 ini kepada orang awam dan pelajar.

Menurut Mohd Hairy program webinar yang dilaksanakan itu melibatkan sub tema Menelusuri Erti Kemerdekaan, Pengisian Kemerdekaan dan memahami perjuangan kemerdekaan serantau akan diadakan tiga sesi pada 5, 12dan 19 Ogos yang membicarakan Erti Kemerdekaan di Malaysia.

Dua penceramah utama dalam webinar ini iaitu Prof. Dr. Ishak Saat dari UPSI mengupas tajuk ‘Erti Sebuah Kemerdekaan’, manakala  Dato’ Prof. Dr. Abdullah Zakaria mengulas topik ‘Isu Dalam Sejarah Kemerdekaan Malaysia: Gelap, Kabur Dan Persimpangan’.

Penceramah-penceramah akan menyingkap tentang sejarah tempatan Tanjong  Malim, daerah Muallim.

Berselari dengan Sambutan 100 Tahun UPSI pada tahun 2022 nanti maka diadakan satu Slot Webinar bertopik ‘Cabaran  MPSI Era Merdeka’.

  • sabah360online

#demiupsi #cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia  #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)