TANJONG MALIM: Melalui platform Facebook Live Persatuan Sains Sukan dan Kejurulatihan telah berlangsung satu program bual bicara berkaitan Perkongsian Amalan Gaya Hidup Sihat pada 7 Ogos 2021 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sesi perkongsian program ini terdiri daripada empat orang panel yang mengupas dan membicarakan isu gaya hidup sihat seperti Latihan Kecergasan, Psikologi Sukan, Pemakanan Sukan dan Biomekanik Sukan. Kesemua ahli panel yang teribat merupakan pelajar yang mendapat bimbingan dibawah penyeliaan Prof.Madya Dr. Mohd Izwan bin Shahril. Kesemua yang pelajar yang terlibat ini merupakan pelajar diploma di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI.
Menurut salah seorang daripada panel, Muhammad Danial yang mengambil bidang Pemakanan Sukan menyatakan, “Pengambilan makanan dan minuman yang sihat sangat penting terutamanya bagi atlet bagi memastikan kecergasan dan prestasi dalam bidang sukan dapat dikekalkan.” Tambah beliau lagi ” Atlet mahupun bukan atlet perlu mengamalkan minum air putih sebagai amalan harian kerana ia tidak mengandungi kalori dan sebanyak manapun kita minum ia tidak akan menyebabkan kegemukkan. Penonton juga digalak untuk mengamalkan pengambilan makanan yang tidak berminyak atau bergoreng. Sebaiknya ambil makanan yang berkukus atau yang direbus semasa proses penyediaannya kerana ia akan memastikan keadaan badan yang lebih cergas dan sihat.”
Dengan perkongsian ini selain daripada manfaat ilmu yang disampaikan, ia juga melatih pelajar untuk tampil berani dalam menyampaikan mesej dan penyampaian idea untuk dikongsikan kepada orang lain. UPSI sememangnya menyokong segala usaha yang memberikan ruang pelajar dalam mengasah soft skill mereka dan tidak semata-mata tertumpu kepada pencapaian akademik sahaja. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan dan ilmu yang cukup bagus kepada pelajar dalam gaya hidup sihat sepanjang kehidupan seharian.
RM