Oleh : Siti Farhanah Adzmira binti Che Pa (Pelajar Praktikal Universiti Pendidikan Sultan Idris)
Beberapa sektor ekonomi di Malaysia kini dibenarkan kembali beroperasi bermula Ogos lalu secara berperingkat, namun setiap sektor yang dibuka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
SOP kesihatan tambahan juga perlu dipatuhi terutamanya jika perlu bekerja secara bersemuka, bagi mencegah penularan merebak dalam kalangan pekerja di tempat kerja. Pelbagai tips yang disarankan oleh World Health Organization (WHO) yang boleh diamalkan ketika berada ditempat kerja bagi mengatasi masalah penularan wabak covid-19.
Antara tips yang boleh dilakukan ialah:
1. Kekal sihat dan produktif, elakkan penggunaan lif kerana lif merupakan tempat yang sempit dan mungkin tidak bersih. Kemungkinan dijangkiti virus covid-19 adalah tinggi. menggunakan tangga adalah lebih selamat. Selain mengeluarkan peluh ia juga mampu membakar kalori badan.
2. Kekalkan penjarakan fizikal antara rakan sekerja bagi mengelak penularan wabak. Melalui penjarakan jika dapati ada penjawat yang lain bersin atau batuk kemungkinan untuk dijangkiti adalah rendah. Setiap titisan yang dikeluarkan sangat merbahaya jika dia merupakan pesakit Covid- 19. Kajian terbaharu yang dikeluarkan jurnal perubatan, The Lancet, menyatakan jarak satu meter sudah cukup untuk mengurangkan risiko jangkitan.
3. Setiap tempat kerja perlu menyediakan sabun pencuci tangan /hand sanitizer yang merupakan cecair pembasmi kuman. Jika tangan anda kelihatan kotor segeralah basuh dengan menggunakan sabun pencuci tangan namun jika tiada menggunakan hand sanitizer adalah lebih baik berbanding tidak mencuci tangan. Amalan mencuci tangan dengan kerap dapat membasmi kuman yang berada dilapisan luar tangan.
4. Memakai pelitup muka(face mask) setiap masa. Pelitup muka mampu menghalang cecair keluar atau merebak ke udara seperti batuk dan bersin.
5. Elakkan berada di tempat terlalu ramai pekerja agar pencegahan dapat diatasi
6. Melaksanakan proses nyah kuman dikawasan yang sering digunakan oleh ramai pekerja bagi mengekalkan kebersihan persekitaran.
7. Mengatur mesyuarat yang lebih selamat dengan menggunakan teknologi canggih melalui aplikasi Google Meet, Webex dan banyak lagi bagi mengelakkan pekerja berkumpul ini kerana menghadapi ruang yang sempit akan menyebabkan sistem pengudaraan terbatas.
Sumber: https://www.securitymagazine.com/articles/95616-planning-your-organizations-return-to-work-heres-what-you-should