Oleh : Siti Farhanah Adzmira binti Che Pa (Pelajar Praktikal Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Air kosong mungkin menjadi pilihan terakhir bagi kita kerana rasanya yang kurang menarik berbanding air manis dan berperisa. Namun, air kosong mempenyai banyak khasiat dan kebaikannya tersendiri. Berdasarkan saranan daripada Institut of Medicine’s Food and Nutrition Board, wanita memerlukan 2.6 liter air setiap hari dan lelaki memerlukan sekitar 3.7 liter setiap hari kerana air kosong penting kepada tubuh manusia untuk proses pertukaran oksigen ke otak.

Antara kebaikan yang boleh didapati setelah mengambil air kosong adalah:

1. Minum air kosong dapat mencegah penyakit buah pinggang, disebabkan kekurangan air, proses urine atau sistem pengaliran air kencing tersumbat. Apabila tersumbat akan menyebabkan sakit buah pinggang dan batu karang.

2. Mengamalkan pengambilan air kosong dapat membantu menambah stamina badan dan tenaga. Hal ini kerana jumlah kalori air kosong adalah 0%. Air kosong dapat merangsang sel-sel darah merah didalam badan sekaligus dapat melancarkan oksigen ke dalam darah. Minum air kosong dapat mengurangkan keletihan.

3. Air kosong dapat melembapkan kulit dan bibir serta membantu supaya kelihatan segar. Air kosong berfungsi sebagai pengeluar toksin dan racun melalui air kencing akibat pemakanan yang tidak betul.

4. Minum air kosong dapat mengawal kalori dalam badan bahkan dapat membantu menurunkan berat badan disebabkan nilai kalori kosong. Minum air kosong dapat mengenyangkan tanpa penambahan kalori sekaligus menyebabkan anda kurang makan. Dengan pengambilan air kosong dapat membakar lemak. Kajian yang dilakukan oleh Journal of Endicronology Clinical and Metabolism menemukan  air kosong dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dalam lelaki dan wanita.

5. Pengambilan air kosong mampu menguatkan tulang dan otot badan kerana penghasilan semula shock absorber tulang rawan, sehingga sendi dapat bergerak dengan lancar, dan juga dapat mengurangkan kerosakan sendi akibat ketegangan. Kelenturan atau fleksibiliti badan meningkat hanya dengan pengambilan air kosong.

Doktor juga menyarankan supaya kerap minum air kosong dan perlu diminum secukupnya, untuk mengekalkan kandungan air dalam badan agar tidak dehidrasi atau kekurangan air.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)