Tanjong Malim 27 September –  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini  telah menganjurkan program larian ‘virtual run’ sempena sambutan Hari Malaysia 2021. Penyertaan larian telah dibuka kepada mahasiswa dan penduduk komuniti setempat kawasan Kota Malim Prima 1 dan 2, Proton City & Taman Sekiah Makmur, Tanjung Malim, Perak.

Menurut Pengerusi Majlis Pengetua UPSI, Prof Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan  berkata sebanyak 78 buah penyertaan diterima daripada seluruh lapisan masyarakat dan dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu kanak – kanak, remaja dan dewasa.

Prof Madya Dr. Mohd Nizam Bin Nasrifan memberikan ucapan sekaligus merasmikan Perasmian penutup program Virtual Run Hari Malaysia 2021.

“Program larian yang melibatkan komuniti setempat ini dilaksanakan bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat sambil memupuk semangat patriotik bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2021,” jelasnya ketika majlis perasmian penutup pada 26 November 2021 menerusi siaran secara langsung di laman Facebook UKLK.

Pertandingan larian yang dilaksanakan secara virtual telah dilangsungkan bermula 9 September 2021 sehingga 24 September 2021. Setiap peserta boleh melaksanakan larian di lokasi masing – masing manakala laporan aktiviti perlu dihantar sebagai bukti penyertaan. Penilaian juri dilaksanakan berdasarkan tempoh larian dan juga tema pakaian yang digunakan oleh peserta.

Turut hadir, Pengetua UKLK, Prof Madya. Ts. Dr Che Ghani Che Kob  menyatakan program ini merupakan titik mula untuk kepada kerjasama berterusan antara UKLK dan masyarakat setempat dalam mewujudkan pembentukan jatidiri mahasiswa dengan sikap toleransi, saling hormat-menghormati dan bekerjsama bersama komuniti setempat.

Turut Hadir, Prof Madya Ts. Dr. Che Ghani Bin Che Kob, Pengetua UKLK UPSI.

“Melihatkan sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa dan penduduk setempat, tidak mustahil UKLK akan menganjurkan lebih banyak pertandingan larian seumpamanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh terlibat iaitu pihak KRT Kota Malim Prima 1 dan 2, KRT Proton City, KRT Taman Sekiah Makmur serta Persatuan Penduduk Taman Sekiah Makmur juga felo dan mahasiswa UKLK sendiri,” tambahnya lagi.

Pemenang Tempat pertama kategori Dewasa, Saudara Lokman Hakim Bin Muhamad
Pemenang Tempat pertama kategori remaja, Saudara Ahmad Hakimi Irfan Bin Ahmad Firdaus
Pemenang Tempat pertama kategori kanak-kanak, adik Nur Kamalia Nafisah Binti Norazizi

Para pemenang turut diraikan dengan pengumuman di majlis yang sama. Encik Lokman Hakim Muhamad diumumkan sebagai juara kategori dewasa manakala naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Encik Sujiksol Sungsi dan Encik Mohamad Firdaus Bin Abd Ghani. Bagi juara kategori remaja pula juara dimenangi oleh Ahmad Hakimi Irfan Ahmad Firdaus manakala naib juara dimenangi Aliya Farisha Sulmaizam Azhaimy. Bagi kategori kanak – kanak pula, tempat pertama dimenangi adik Nur Kamalia Nafisah Norazizi manakala tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi adik Irdina Khaisara Abdul Rahman dan adik Muhammad Adeeb Afhan Muhammad Mukhidad. Para pemenang membawa pulang wang tunai dan e-sijil. – EPENA

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)