Tanjung Malim, 8 Oktober 2021: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan merancakkan aktiviti penyelidikan dan pencapaian penyelidik yang cemerlang akan terus diiktiraf dan dihargai universiti setiap tahun.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff ketika berucap berucap merasmikan majlis Anugerah BITARA Penyelidikan dan Inovasi (AURA 2020) berkata majlis yang sebelumnya dikenali Anugerah Kecemerlangan 4P (Penerbitan, Perundingan, Penyelidikan dan Pengkomersialan) dan dianjurkan secara bersama dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC), diadakan bertujuan memberikan motivasi dan galakan kepada penyelidik agar terus berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi di universiti pendidikan tersohor itu.
Majlis yang diadakan secara dalam talian itu juga, katanya, bertujuan mewujudkan budaya pengiktirafan dan penghargaan atas pencapaian cemerlang para penyelidik dalam bidang kepakaran masing-masing.
“Saya menyarankan agar semua penyelidik UPSI terus berusaha menjadikan UPSI sebagai sebuah institusi penyelidikan dan penerbitan sains sosial yang unggul, cemerlang dan sentiasa relevan dalam memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” katanya.
Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar berkata AURA 2020 menyaksikan tujuh anugerah disampaikan kepada seramai 42 akademia yang meliputi kecemerlangan perundingan, harta intelek, geran antarabangsa, penerbitan dan kerjasama antarabangsa.
Beliau berkata kriteria pengukur prestasi penyelidikan adalah penghasilan penerbitan seperti jurnal berimpak tinggi, buku, bab dalam buku, artikal jurnal berwasit, prosiding seminar, yang kualitinya menjadi menarik jika penerbitan itu dapat diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kategori Anugerah Kerjasama Antarabangsa dimenangi Prof. Ts. Dr. Suriani Abu Bakar dari Fakulti Sains dan matematik (FSM), Prof. Madya Dr. Aos A.Z. Ansaef Al Juboori, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) Dr. Miftachul Huda (Fakulti Sains Kemanusiaan-FSK), Dr. Osamah Shihab Ahmed Albahrey (FSKIK), Prof. Madya Dr. Azmi bin Mohamed (FSM), Dr. Wan Mohd Nuzul Hakimi bin Wan Salleh (FSM), dan Prof. Madya Dr. Arman Shah bin Abdullah (FTV), manakala Anugerah Penerbitan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi diraih oleh Dr. Wan Mohd Nuzul Hakimi Wan Salleh (FSM), Prof. Madya Dr. Norhayati Hashim (FSM), Prof. Dr. Azlan Kamari (FSM), Dr. Bilal Bahaa Zaidan (FSKIK), Dr. Abdullah Hussein Abdullah Al-Amoodi (FSKIK), Prof. Madya Dr. Azmi Mohamed (FSM), Prof. Madya Dr. Norjan Yusuf (FSM), Prof. Ts. Dr. Suriani Abu Bakar (FSM), Ts. Dr. Muhammad Nor Azlan Abdul Azis (FSM), Dr. Osamah Shihab Ahmed Albahrey (FSKIK), Prof. Dr. Illyas bin Md Isa (FSM), Dr. Adibah Abu Bakar (FSM), Dr. Jameel Rabee Jameel Al-Obaidi (FSM), Prof. Dr. Syed Abdul Malik Syed Mohamed (FSM), Dr. Noorshida Mohd Ali (FSM) Dr. Lim Chen Kim (FSKIK), Prof. Madya Dr. Bahbibi Rahmatullah (FSKIK), Prof. Madya Dr. Faridah Lisa Supian (FSM), Prof. Madya Ts. Dr. Wong Kung Teck (FPM), Prof. Madya Ts. Dr. Shahrul Kadri Ayop (FSM), Dr. Norhafiza bt. Mohd Hed (FSK), Prof. Madya Dr. Tai Mei Kin (FPE), Encik Wan Zul Adli bin Wan Mokhtar (FSM), Prof. Madya Dr. Rosmilah bt. Misnan (FSM), Prof. Madya Dr. Goh Swee Choo (Fakulti Pembangunan Manusia -FPM), Prof. Madya Dr. Saripah Salbiah Syed Abdul Aziz (FPM), Dr. Rosnah bt. Ishak dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE).
Anugerah Penerbitan – Impact Factor Tertinggi dimenangi Dr. Abdullah Hussein Abdullah Al-Amoodi (FSKIK) dan Dr. Norhafiza Mohd Hed (FSK) manakala Prof. Madya Dr. Aos A.Z Ansaef Al-Juboori (FSKIK) memenangi Anugerah Kecemerlangan Harta Intelek serta Anugerah Utama Perundingan Antarabangsa dikalungkan kepada Prof. Madya Dr. Norliza Jamaluddin (Fakulti Bahasa dan Komunikasi -FBK)
Anugerah Perunding Cemerlang yang memberi pengiktirafan kepada ahli akademik UPSI yang cemerlang dalam aktiviti perundingan dimenangi Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff (Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan-FSSK), seterusnya Anugerah Penerima Geran Antarabangsa untuk mereka yang cemerlang dalam penerimaan pembiayaan dana penyelidikan antarabangsa disandang oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle (FSK), Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong (FSM), Prof. Madya Ts. Dr. Shahrul Kadri Ayop (FSM).
Dalam mengejar pencapaian, katanya, penyelidik harus menjaga etika semasa menghasilkan penulisan demi mengekalkan kualiti dan integriti yang tinggi, malah aktiviti yang melanggar tatasusila proses penerbitan seperti menumpang nama dalam sesuatu hasil penerbitan dengan penglibatan dalam jurnal pemangsa (predatory journal) mesti dielakkan.
“Situasi norma baharu menjadi cabaran baharu untuk sama-sama bertindak secara lebih agresif, kreatif dan berinovasi bagi menghasilkan penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersialan mengikut keperluan semasa dan sekaligus dapat memberi manfaat dan impak yang tinggi kepada masyarakat dan negara.