• oleh: Nurul Sofea Bt Shafii (UKLK)


Tanjung Malim 22 Oktober 2021 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program Bicara Santai: Memburu Hikmah Di Sebalik Ujian secara dalam talian. Program ini dibawah anjuran Exco Kerohanian dan Kebajikan
Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dengan kerjasama daripada Rakan Siswa Yadim (RSY) UPSI yang bersiaran langsung menggunakan Facebook rasmi UKLK dan RSY UPSI. Program ini menampilkan barisan panel yang terdiri daripada seorang Influencer Media Sosial masa kini iaitu Iddin Ramli yang mana tarbiah yang disampaikan beliau dalam platform media sosialnya menjadi ikutan terutamanya golongan belia dan mahasiswa.

Sesi bergambar bersama panel jemputan Saudara Iddin Ramli

Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Siti Hartini Bt Azmi, Pengarah Pusat Alumni UPSI, dan dihadiri oleh VIP kehormat iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Bin Che Kob serta tetamu kehormat yang lain seperti En. Amirul Asraf B. Ismail,
Felo Penasihat dan Felo-Felo dan pentadbiran Unit Kediaman Luar Kampus. Sepanjang program ini berlangsung, peserta yang menonton program ini bukan sahaja mendapat ilmu berkenaan dengan ujian dan musibah malah dapat
mendengar bagaimana Rasulullah SAW menempuh ujian yang baginda lalui serta dapat menemukan jawapan bagi segala tanda tanya di fikiran mereka. Ini kerana adanya slot soal jawab yang berlangsung di akhir program bagi memberi peluang untuk mengemukakan persoalan.

Program Bicara Santai: Memburu Hikmah Di Sebalik Ujian bukan sahaja untuk mahasiswa UPSI, malah terbuka kepada seluruh mahasiswa/i IPT di Malaysia dan telah mendapat sambutan penuh daripada semua pihak. Sepanjang 2
jam program ini berlangsung, sambutan daripada mahasiswa dapat dilihat apabila program ini mendapat tontonan secara langsung di Facebook rasmi UKLK dan RSY UPSI seramai 1500 tontonan dan telah dikongsi, komen dan disukai oleh 5400 pengguna Facebook.

Anjuran majlis mahasiswa kediaman luar kampus dibawah Exco Kerohanian dan Kebajikan yang diketuai oleh saudari Nur Syahirah Nabilah Bt Mohamad Anizam di bawah pimpinan En. Mohd Amirul Asraf B. Ismail, menyifatkan tujuan
program adalah sebagai simbolik kepada semangat kecintaan terhadap Baginda Rasulullah S.A.W, menghayati akhlak mahmudah Rasulullah SAW sebagai pemangkin kejayaan ummah serta menghayati keperibadian Rasulullah SAW
sebagai contoh teladan terbaik sepanjang zaman.

Bukan itu sahaja, Program Bicara Santai: Memburu Hikmah Di Sebalik Ujian ini juga membincangkan tentang bagaimana ujian mampu melahirkan insan yang kuat dan hebat, yang mana sedikit sebanyak memberi semangat kepada para penonton untuk tidak mudah berputus asa. Panel jemputan juga berkongsikan pengalaman beliau semasa dilanda musibah dan bagaimana beliau bangkit sehingga menjadi seperti dirinya pada hari ini. Perkara ini menarik minat mahasiswa untuk setia mendengar kerana ia sangat dekat dengan situasi mereka. Ringkasan daripada yang telah diutarakan, Bicara Santai: Memburu Hikmah Di Sebalik Ujian telah menjadi medium yang baik bagi memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswa UPSI serta IPT lain memahami konsep ujian dan bagaimana Rasulullah SAW bersama para sahabat menangani ujian yang dihadapi mereka serta pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan berdasarkan kisah tersebut. Hasil perkongsian tersebut, sedikit sebanyak membantu mahasiswa-mahasiswa untuk terus kekal teguh dan yakin dengan pengetahuan Allah SWT.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)