• oleh: IZZAH HAYANI BINTI SALEH (UKLK)

Tanjong Malim 23 Oktober –  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan program Bengkel Produksi Video Smartphone bagi meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam ilmu produksi video. Bengkel yang dijalankan secara dalam talian tersebut dibuka kepada mahasiswa UPSI yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik  penghasilan video dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar.

Pengarah Program Bengkel Produksi Video Smartphone, Cik Izzah Hayani Saleh menyampaikan ucapan dan kata aluan pada awal program berlangsung.

Pengarah program, Cik Izzah Hayani Saleh dalam ucapan pembukaannya berkata “Menyedari bahawa kekurangan jawatankuasa media bagi program-program UKLK, justeru itu diharap program ini mampu meningkatkan kemahiran pembangunan video dalam kalangan majlis mahasiswa dan rakan exco sekaligus mencungkil bakat-bakat dalam membantu pengurusan media di UKLK”.

Turut hadir bagi merasmikan Bengkel Produksi Video Smartphone, felo penasihat UKLK, Puan Siti Nadiah Halimah Md Shah dalam ucapannya berkata “Program ini bertepatan dengan situasi semasa iaitu di era pandemik di mana kebanyakan program dilaksanakan secara dalam talian. Elemen multimedia seperti infografik dan video memainkan peranan utama dalam mempromosikan program-program tersebut.”

Antara pembentangan mengenai elemen bunyi dalam produksi video yang dijelaskan oleh panel jemputan, Encik Khairul Asyraf Abu Bakar.

Bengkel yang dijalankan secara dalam talian ini berlangsung selama 4 jam dan dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama iaitu sesi ceramah bersama panel jemputan, Encik Khairul Asyraf Abu Bakar dan slot kedua ialah latihan hands on produksi video. Encik Khairul Asyraf Abu Bakar telah menggunakan aplikasi sumber terbuka VlogNow sebagai aplikasi penghasilan video. Aplikasi VlogNow mempunyai pelbagai ciri-ciri yang dapat membantu dalam penghasilan sebuah video yang menarik.

Dalam bengkel ini juga, Encik Khairul Asyraf Abu Bakar telah menerangkan perkara asas dan tips-tips penting dalam menghasilkan sesuatu video. Beliau juga berkata “Ilmu dan kemahiran produksi video ini merupakan satu nilai tambah yang dapat diaplikasikan oleh mahasiswa dalam dunia pekerjaan. Di era masa kini, majikan juga mencari pekerja yang mahir dalam pembangunan produksi video bagi membantu organisasi mereka”.

Di akhir program, setiap peserta juga perlu menghantar video yang telah dihasilkan untuk menguji kefahaman penggunaan aplikasi VN.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)