- Oleh: Nurul Asyiqin Mardani (UKLK)
- Susunan: Muhammad Firdaus Ahmad Idris (Pelajar Praktikal Bahagian Komunikasi Koporat)
Tanjong Malim, Perak 14 Oktober – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah menganjurkan program “Bacaan Yassin dan Tazkirah Ringkas Bulanan” yang merentasi sempadan, jarak serta masa melalui secara dalam talian. Program ini dibawah anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) yang bersiaran secara langsung menggunakan Facebook rasmi UKLK. Program ini dihadiri oleh Felo UKLK dan Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus serta mahasiswa UPSI.

Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus, Prof. Madya Ts. Dr Che Ghani Che Kob dalam ucapan aluan beliau menyatakan bahawa program seperti ini perlu dianjurkan secara berterusan bagi meningkat keyakinan dari segi rohani dalam kalangan pelajar melalui tazkirah-tazkirah ringkas untuk melahirkan mahasiwa yang cemerlang dan seimbang.
Bagi menjayakan program pada kali ini, Unit Kediaman Luar Kampus telah menjemput seorang penceramah iaitu Dr Rosliza @ Rosli bin Mahmud yang merupakan Timbalan Pengarah dari Jabatan WEZAS UPSI. Antara isu yang diutarakan antaranya untuk menjadi seorang yang baik ia memerlukan perjuangan yang sangat panjang. Hal ini menunjukkan bahawa kita sebagai umat perlu berjuang sebaik mungkin jika menginginkan sesuatu perkara. Seterusnya, kepelbagaian dalam perniagaan juga amat penting dan dilihat dari segi sikap penjual mahupun pembeli. Dalam perniagaan mestilah bersikap benar, jujur, telus dan amanah dalam urusan jual beli. Tidak kurang juga Dr Rosliza @ Rosli turut menyatakan ikhtilat dalam politik perlu dititik beratkan agar tidak berlaku sebarang perkara yang boleh memudaratkan kita.
Program Bacaan Yassin dan Tazkirah Ringkas ini bukan sahaja untuk mahasiswa UPSI namun ianya turut terbuka kepada seluruh masyarakat bumi Muallim yang tercinta. Sepanjang program ini berlangsung, sambutan daripada mahasiswa dapat dilihat apabila mendapat tontonan secara langsung di Facebook rasmi UKLK seramai 600 tontonan serta telah dikongsi, komen dan mendapat tanda suka oleh 211 pengguna Facebook.



