• oleh: Mohd Nazirul Afiq Ismail
  • foto: Fisol Ahmad


Tanjung Malim – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini menyemai 100 buah pokok buah-buahan simbolik sempena sambutan 100 tahun penubuhan institusi pendidikan tersebut.

Menurut Naib Canselor UPSI, Professor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pelaksanaan program bukan saja menyemarakkan sambutan pusat pengajian yang menjangkau seabad usia menjelang 29 November ini, malah dapat menggalakkan penghijauan kawasan persekitaran kampus.

“Usaha ini diharapkan dapat memupuk sikap prihatin dan semangat cintakan alam sekitar dalam diri setiap warga UPSI selain memberi jaminan komitmen universiti menggalakkan persekitaran lebih hijau dalam kampus,”

“Sebanyak 100 buah pokok yang disemai pada ini terdiri daripada pokok buah-buahan tempatan antaranya seperti 40 pohon anak pokok mangga, 10 pohon anak pokok manggis, 25 pohon anak pokok nangka, rambutan dan rambutan,” jelasnya semasa ucapan perasmian program di Kampus Sultan Azlan Shah, di sini.

Menurut Md Amin lagi, program yang turut melibatkan kerjasama strategik daripada Jabatan Pengurusan Pembangunan Harta Benda (JPPHB) , Kolej-kolej kediaman, Bahagian Pengangkutan UPSI yang turut sama menjayakan program tersebut akan menyemai lebih 900 pohon anak pokok secara berperingkat selepas mengenalpasti kawasan bersesuaian sekitar kampus yang akan dikenali sebagai ‘UPSI Woodlands’. – UtusanTV & SM

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)