KUALA LUMPUR: Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari universiti tempatan berdepan cabaran apabila tiada lagi jaminan penempatan di prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). 

Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan berkata, ia berikutan universiti tertentu dalam bidang tersebut telah menukar mod program kepada pengajian terbuka. 

“Ini bermakna, tiada jaminan penempatan di prasekolah Kementerian Pendidikan. Program pengajian terbuka ini memfokuskan kebolehpasaran pelajar bagi memenuhi permintaan di taska dan tadika swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, isu berkaitan gaji tidak setara dengan ijazah diperoleh dan kemudahan kurang memuaskan menjadikan graduan tidak ramai bekerja di taska serta tadika swasta.

Katanya, senario kemampuan pembayaran gaji di industri kebanyakannya bergantung pada kadar yuran bulanan, kemampuan ibu bapa, peningkatan kos operasi dan kesan pandemik Covid-19. 

 “Tidak dinafikan, faktor penetapan gaji di bawah RM2,000 bergantung kepada jenama dan kemampuan sesuatu taska atau tadika, namun, kita tidak boleh menyalahkan industri dari segi isu penawaran gaji rendah ini disebabkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.  – Utusan

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)