oleh: Nor Asyahira Binti Samsol Ariff

TANJUNG MALIM, PERAK – 26 Jun 2022, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) telah menganjurkan program Majlis Apresiasi Pelajar  secara dalam talian. Program yang berlangsung secara hibrid iaitu di Student Lounge, Bitarasiswa dan secara live di Facebook Live Pusat Ulul Albab ini dikhususkan kepada penyertaan semua Ahli Kelab Sahabat Ulul Albab yang memperolehi keputusan yang cemerlang pada Semester 1 Sesi 2021/2022 dan Ahli Pimpinan KeSUA sidang 2021/2022. 

Program yang dijalankan secara hibrid ini dimulakan dengan sesi ‘Meet and Greet’ bersama ahli Kelab Sahabat Ulul Albab yang hadir pada jam 5.30 petang. Kemudian program diteruskan dengan Majlis Apresiasi Pelajar A211 dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Program ini dikelolakan oleh Exco Akademik dan Kerjaya Kelab Sahabat Ulul Albab bagi menghargai dan meraikan keputusan cemerlang Ahli Kelab Sahabat Ulul Albab dalam akademik. Program yang melibatkan seramai 100 orang peserta dalam kalangan Ahli Kelab Sahabat Ulul Albab secara bersemuka mahupun dalam talian adalah untuk menghargai pencapaian dan penglibatan ahli Kelab Sahabat Ulul Albab. Selain itu, program ini diadakan adalah untuk mendorong ahli Kelab Sahabat Ulul Albab supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meraih anugerah yang diberi oleh Pusat Ulul Albab dan Kelab Sahabat Ulul Albab.

Menurut Prof Dr Abdul Halim Bin Ali, pengarah Kelab Sahabat Ulul Albab, program Majlis Apresiasi Pelajar ini amat perlu dilaksankan bagi menghargai pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik serta tokoh kepemimpinan pelajar khususnya bagi Kelab Sahabat Ulul Albab. Menurut beliau lagi, program ini juga diadakan adalah untuk memberi sedikit sebanyak motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha agar mendapat keputusan yang cemerlang pada masa akan datang. 

Melalui pelaksanaan program Majlis Apresiasi Pelajar ini, diharapkan agar penerima anugerah serta peserta yang terlibat dalam kalangan Ahli Kelab Sahabat Ulul Albab dapat meningkatkan semangat mereka untuk terus berjuang dalam mencapai keputusan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi kurikulum juga seperti bergiat aktif dalam Kelab Sahabat Ulul Albab.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)