Taska dan Tadika di NCDRC UPSI bukan hanya menjadi penanda aras bagi Permata Q taska dan rujukan Tadika di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, tetapi juga rujukan tempat bagi agensi di luar negara.  Konsep pendidikan berteraskan pendekatan projek berdasarkan kurikulum PAKK di Malaysia sering mendapat kerjasama dan perundingan bagi agensi kerajaan dan swasta.

Beberapa pengurusan tertinggi Fakulti Pendidikan, Trnava University dari Slovakia turut mengadakan lawatan kerja ke NCDRC. Mereka diketuai oleh Prof. Dr.  Viera Peterkova, (Dekan Fakulti Pendidikan), Prof Madya Dr. Dana Masarykova (Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan), dan Prof Branislav Pupala, (Penyelaras Program Pasca Siswazah)  Universiti Trnava .

Antara tujuan lawatan mereka adalah untuk melihat pengoperasian Taska dan Tadika di NCDRC sehingga menjadi rujukan terbaik di Malaysia dan antarabangsa.

Kedatangan mereka diiringi oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan yang merupakan penerima Geran Erasmus + dalam Pengajaran ke Trnava University yang turut disambut oleh Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustapha.  Sesi lawatan dimulakan dengan pembentangan Pengarah berkaitan pengoperasian Taska dan Tadika yang menjadi tempat dalam kalangan pelajar UPSI untuk mengikuti program praktikum, penyelidikan dan program komuniti.  

Mereka juga turut berpeluang untuk melawat beberapa bilik pembelajaran termasuklah persekitaran luar NCDRC.

Mereka juga berpeluang melihat secara langsung pelaksanaan pembelajaran di dalam kelas dengan elemen pendekatan projek. Mereka turut berpeluang bersuai kenal bersama guru dan kanak-kanak bagi mengetahui dengan lebih dekat pelaksanaan pembelajaran yang sangat menarik. 

Dalam pada usaha menjadikan NCDRC UPSI sebagai penanda aras terbaik di Malaysia dan luar negara, kerjasama dengan Trnava University amat diharapkan. Ini dapat membuka jaringan kerjasama dari segi mobiliti pensyarah dan guru dari pengajaran, penyelidikan dan perundingan di antara Malaysia dan Eropah Tengah khususnya. 

Penulis: Prof Madya Dr Abdul Halim Masnan, Penyelaras Penerbitan, Jaringan Industri dan Komuniti Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)