oleh: Afifah Adriana Aznan (UCTC) melaporkan dari Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Pasir Salak, Perak
foto: Shahidah Abu Hassan
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPSI telah mengikuti Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia melalui Program Transformasi Pusat Sumber Kemas pada 1 hingga 3 Julai 2022 bertempat di Pusat Sumber Kemas, Kampung Pasir Salak.
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan kekuatan seramai 16 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar tampil bantu anak-anak KEMAS menanam minat membaca dengan inisiatif menaik taraf sebuah pusat sumber dalam menghasilkan seni mural pada dinding pusat sumber.
Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) berkata Imej baharu Pusat Sumber Kemas, Kampung Pasir Salak yang menampilkan lukisan mural yang berkonsepkan geometri dan abstrak menjadi tarikan baru kepada penduduk Kampung Pasir Salak untuk mengunjungi Pusat Sumber, KEMAS
Selain transformasi pusat sumber KEMAS, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) juga turut memberi bantuan sumbangan barangan keperluan asas kepada pelajar B40 UPSI yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Shaharuddin Abu Sohot di Pusat Sumber KEMAS.
Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)UPSI, Profesor Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata, lukisan mural yang dilaksanakan adalah bagi menyokong Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung pada 1 hingga 3 Julai di daerah ini dan berharap serahan bantuan sumbangan kepada pelajar B40 UPSI yang diberi dapat meringankan beban pelajar dan keluarga dalam kehidupan seharian.
Nota pengarang: Geng UCTC dan ResQ jarang tak on bila diperlukan masyarakat. Wajarkah kita angkat mereka sebagai sukarelawan mahasiswa dan Universiti Awam terbaik tanahair?