oleh: Muhammad Shahrul Mizan bin Mohamed Nizam (Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Penerbitan) UPSI


MUALLIM 1 Julai 2022 – Seramai 11 pemimpin dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI telah
mengadakan kunjungan hormat ke Institut Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) pada 30 Jun lepas.


Kunjungan ini bermatlamat menyemaikan hubungan silaturrahim antara pelajar Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) UPSI dengan pihak pengurusan Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI seterusnya
berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengajian yang diminati.


Perjumpaan ini dimulakan dengan sesi pengenalan diri antara ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
UPSI dan pihak pengurusan Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI.


Menurut Muhammad Zul Fikri Bin Sallehuddin, Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) UPSI, beliau bersama dengan rakan-rakan majlis berasa amat berbesar hati kerana berpeluang
untuk bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI seperti
Dekan IPS, TD Akademik, TD HEPA, Timbalan Pendaftar serta kakitangan Unit Hal Ehwal Pelajar &
Alumni dan Penerbitan (UHEPAP) IPS.


Program ini turut membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar di antara pihak
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI secara bersama dengan pihak pengurusan Institut Pengajian
Siswazah (IPS) UPSI.


Kunjungan ini ditutup dengan sesi bergambar di hadapan blok C, Institut Pengajian Siswazah (IPS)
UPSI.

Nota Pengarang: Hebat barisan MPP kerap turun padang dengar keluhan para mahasiswa dan pantas bertindak dengan setiap isu dalam kampus. Teruskan usaha mewakili suara mahasiswa, mana tahu ada rezeki jadi pemimpin di kalangan masyarakat pula kelak.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my