oleh: Nor Hayati Aziz


TANJUNG MALIM, PERAK – 2 JULAI 2022, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) telah menganjurkan program KeSUA UPSI Chess Championship bertempat di Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Program anjuran Exco Sukan dan Rekreasi KeSUA telah berjaya mengumpulkan 80 orang pemain chess seluruh negeri. Pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh KeSUA mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, pelajar Universiti dan juga orang awam. Pertandingan ini menampilkan juri-juri yang hebat dan berpengalaman daripada Smart Chess Management , iaitu Encik Syawal Aqmar bin Sharir Ariff dan Puan Nurul Farahin binti Haron Narashid.

Penyelaras 2 Pusat Ulul Albab, En. Mohd Zahren Zakaria berkata, pertandingan ini menawarkan 16 hadiah daripada tempat pertama sehingga tempat ke-10 dan 2 hadiah bagi peserta terbaik untuk setiap kategori iaitu Bawah umur 12 tahun , 18 tahun dan peserta terbaik daripada IPT. Beliau juga mengharapkan melalui pertandingan KeSUA UPSI Chess Championship ini peserta dapat menggunakan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk terus mahir dan belajar dalam permainan catur. Pihak penganjur akan terus mengadakan pertandingan catur pada setiap tahun agar dapat mencungkil bakat peserta dalam permainan catur.

Muhammad Eilfie Ismadi dari SM Sains Muzaffar Syah Melaka dinobatkan sebagai Johan, Naib Johan Jeya Suriya A/L Tamilarusu dari SMK Sulaiman, Bentong Pahang dan Tempat Ketiga Iman Izzuddin Roslan dari SK Durian Tipus, Simpang Durian Negeri Sembilan

Taklimat daripada arbiter sebelum perlawanan
Sesi penyampaian hadiah pemenang

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my