IPOH – Sebanyak 23 kafeteria Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan menu Keluarga Malaysia serendah RM3.50 untuk dimanfaatkan kepada lebih 14,000 pelajar daripada golongan B40.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, inisiatif Food Basket Siswa Malaysia itu menyediakan pelbagai makanan berkualiti pada harga rendah.

Menurutnya, pelajar kini boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran tanpa memikirkan perbelanjaan membeli makanan.

“Kami aktifkan ‘UPSI Kami Prihatin’ untuk bantu mereka yang datang daripada keluarga susah.

“Malah ada pensyarah dan kakitangan yang mengambil pelajar sebagai anak angkat bagi duit belanja dan membantu membiayai pengajian mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin berkata, penyediaan menu itu adalah usaha mencabar situasi kenaikan harga bahan mentah di pasaran.
“Usaha sinergi dilaksanakan secara menyeluruh bersama pengusaha kafetaria yang mana universiti akan menyelaraskan kerjasama perolehan bahan-bahan mentah secara pukal bagi membantu pengusaha gerai mendapatkannya dengan harga yang munasabah.

“Inisiatif ini juga penting bagi memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan berterusan dalam memberi manfaat kepada pelajar,” katanya.

baca artikel diterbitkan di: Sinar Harian, Harian Metro,

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)