oleh: Afifah Adriana Aznan (UCTC)
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan kerjasama SMK Perimbun Cheras
telah mengadakan program motivasi kepada pelajar SMK Perimbun di Cheras. Program Find
Yourself in your journey merupakan satu program yang dilakukan bagi memotivasikan para
pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan dan
pelajaran.

Program ini mensasarkan pelajar tingkatan 3 SMK Perimbun, Cheras terutamanya pelajar
yang lemah dan kurang motivasi untuk belajar sebagai langkah awal persediaan bagi
menduduki peperiksaan. Kami berusaha untuk membantu pihak sekolah menyuntik
semangat para pelajar sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kembali prestasi dalam
pelajaran.

Program ini juga adalah untuk memberi impak kepada komuniti dalam kelompok B40. Hal
ini kerana, latar belakang peserta adalah dari keluarga yang berpendapatan sederhana dan
ke bawah. Seterusnya, perancangan hala tuju program ini menyasarkan penglibatan murid
sekolah menengah sekitar selangor yang mempunyai masalah dari segi motivasi, kaedah
pembelajaran dan mampu membantu hala tuju pelajar.
Program ini juga untuk memberi peluang kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
menyumbang khidmat bakti kepada pihak SMK Perimbun dengan menjadi fasilitator.
Program ini dijalankan sebagai titik permulaan dalam melahirkan mahasiswa yang sedia
menyumbang ke dalam pembangunan masyarakat dengan menyemat sikap kesukarelawan
di mana sikap ini amat penting bagi mahasiswa. Hal ini kerana, mahasiswa tidak harus
menumpu kepada pencapaian akademik sahaja, malah sahsiah yang cemerlang juga perlu
ada dalam diri semua. Oleh itu, selain dapat melahirkan mahasiswa mapan, nama universiti
juga akan turut dipandang tinggi oleh masyarakat melalui program ini.


Akhir sekali, kami telah menerima maklum balas yang positif dari peserta dan pihak sekolah.
Jika sebelum ini peserta tidak mengetahui hala tuju mereka, selepas menyertai program ini
mereka telah terbuka minda mengenai hal ini. Peserta amat berterima kasih kerana
menganjurkan program seperti ini dan berharap program ini akan diadakan lagi kelak.