Oleh : Mohd Fahmi Mohd Yunus
Kuala Lumpur 1 Jun 2022 – Baru-baru ini telah berlangsungnya Bengkel Tarian Igal sempena Pesta Regatta Lepa Antarabangsa 2022 yang berlangsung di Semporna, Sabah. Bengkel yang bertempat di Dewan Sabah, WTC . Tujuan bengkel diadakan adalah untuk memperkenalkan seni tarian Igal ini kepada khalayak umum khususnya penduduk di Semenanjung Malaysia. Di akhir bengkel ini peserta akan dinilai hasil pemahaman dan praktikal mereka dalam tarian tersebut melalui Pertandingan Tarian Igal Solo di Majlis Makan Malam sempena Pesta Regatta Lepa 2022 yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia iaitu YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Pusat Kebudayaan UPSI telah menghantar penyertaan pelajar seramai 5 orang iaitu Hashvieney Rajesveran, Muh Khaidar Nordin, Rosnah Darus, Mohd Firdaus Malail dan Reklie Ristol. Pada malam terakhir iaitu Majlis Makan Malam sempena Pesta Regatta Lepa 2022 tersebut dua pelajar UPSI iaitu Hashvieney Rajesveran dan Muh Khaidar Nordin unggul beraksi di pentas dan berjaya menjuarai Pertandingan Tarian Igal Solo 2022. Hashvieney berjaya mendapat tempat kedua manakala Muh Khaidar tempat ketiga. Antara IPT dan sekolah yang menyertai bengkel tersebut adalah UPSI, Universiti Teknikal Melaka, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru.
Ketika ditanya berkenaan perasaan selepas menyertai bengkel tersebut Hashvieney menyatakan bahawa tarian Igal ini merupakan ilmu baru beliau dan pengalaman mempelajari serta mempersembahkan tarian tersebut dalam masa yang singkat pada majlis makan malam tersebut adalah satu cabaran kepada beliau, Ujar beliau juga, berbeza dengan tarian Bharathanatyam yang beliau mahir, tarian Igal ini sejenis tarian yang tampak ringkas tetapi cabaran untuk menghayati lagu lalu menterjemahkan dalam bentuk tarian itu merupakan satu cabaran yang besar bagi beliau dan juga rakan-rakan lain yang menyertai.
Majlis makan malam berakhir dengan joget lambak tarian Igal oleh kesemua peserta yang menyertai, para jemputan khas, juri dan para hadirin yang menghadiri majlis tersebut.