oleh: Nor Hayati Binti Aziz (Pusat Ulul Albab)

23 Julai 2022 – Pusat Ulul Albab (PUA) UPSI telah menganjurkan Program Smart Math
Bersama SMK Khir Johari dengan kerjasama Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) UPSI dan
SMK Khir Johari. Pelaksanaan program ini merupakan satu usaha untuk menarik minat murid
SMK Khir Johari untuk mendalami ilmu matematik melalui aktiviti-aktiviti praktikal yang menarik
berdasarkan silibus pembelajaran. Seramai 33 orang pelajar Tingkatan 5 SMK Khir Johari dan
20 orang pelajar UPSI daripada KeSUA UPSI sebagai fasilitator telah menyertai program ini.
Antara slot yang dilaksanakan ialah Hala Tuju selepas SPM, Kenali Bentuk, Explore Math, dan
slot Matematik & Masa Depanku.

Dr. Wan Nurul Izza, selaku Talent Pool PUA telah menyampaikan slot yang bertajuk “Hala Tuju
SPM” menyatakan bahawa mata pelajaran matematik adalah salah satu subjek yang penting
bukan sahaja untuk peperiksaan malah dalam kehidupan mereka sendiri. Beliau berharap agar
semua pelajar SMK Khir Johari yang hadir dalam Program Smart Math ini sentiasa bermotivasi
untuk mempelajari mata pelajaran matematik.

Pengarah Program Smart Math, Nor Shakila Binti Jumhat berharap agar aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan dapat membantu dalam menjadi alternatif pembelajaran Matematik melalui
permainan dan aktiviti interaktif supaya pelajar SMK Khir Johari lebih cemerlang di masa
hadapan.

Puan Kartini Binti Osman selaku wakil guru SMK Khir Johari dalam ucapan, beliau merakamkan
sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pusat Ulul Albab (PUA) di atas
kesudian menerima kunjungan mereka dan melaksanakan Program Smart Math kepada pelajar
tingkatan 5 SMK Khir Johari. Melalui maklum balas daripada pelajar-pelajar yang menyertai
program ini, mereka berharap pihak PUA menganjurkan lebih banyak aktiviti seperti ini pada
masa akan datang.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)