oleh: Ali Zainal Abidin Lokman (Pusat Ko Kurikulum UPSI)

Pada 25 Julai 2022, Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan satu siri webinar Scuba Diving: Antara Cabaran dan keseronokan secara dalam talian menerusi Facebook Live dan Google Meet. Webinar perkongsian ilmu ini menampilkan dua individu yang pakar dalam bidang scuba diving iaitu En Abdul Halim bin Nanyan @ Othman dan En Ahmad Kamarul Azman bin Kamaluddin.

En Abdul Halim bin Nanyan @ Othman merupakan seorang Dive Master Scuba Diving International (SDI), Malaysia dan merupakan pengasas kepada Turbo Turtle Diver yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan guru di SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur dan merupakan salah satu panel dalam webinar tersebut.

Selain itu, En Ahmad Kamarul Azman bin Kamaluddin merupakan pengasas kepada Scubanetwork yang berpangkalan di Dungun, Terengganu. Beliau juga merupakan Pengarah Kursus di International Association of Nitrox & Technical Divers (IANTD).

Sepanjang webinar berlangsung, para pelayar Facebook AURORA bukan sahaja mendapat ilmu dan inspirasi daripada para panel, malah didedahkan juga kepada aspek keselamatan yang dijalankan sewaktu webinar scuba diving selari dengan objektif webinar iaitu untuk memberikan pendedahan mengenai cabaran dan keseronokan semasa melakukan aktiviti scuba diving.

Di samping itu, penyertaan pelayar dalam webinar adalah terbuka kepada pengguna Facebook. Webinar yang telah berlangsung selama 90 minit ini telah mendapat sambutan yang baik di mana mencapai jumlah tontonan sebanyak 538 dan telah dikongsi, komen dan disukai sebanyak 128 pelayar Facebook AURORA.

Webinar ini juga membincangkan beberapa aspek dalam scuba diving seperti latar belakang sukan scuba diving dan lokasi pelancongan yang terdapat di Malaysia. Selain itu, aspek cabaran yang dihadapi oleh penggiat scuba diving seperti cabaran dari segi sosiobudaya, alam sekitar, dan aspek keseronokan yang boleh dikongsi kepada orang lain semasa melakukan aktiviti scuba diving.

Webinar Scuba Diving: Antara Cabaran dan keseronokan ini diharap dapat memberi pendedahan kepada orang awam dan para penyelam semasa melakukan aktiviti scuba diving.

Kesimpulannya, banyak manfaat yang kita perolehi sekiranya kita saling berkerjasama dalam menaikkan dan menjaga imej scuba diving di Malaysia.

Nota Pengarang: Diam tak diam WEBINAR AURORA TALK SERIES rupanya sudah masuk siri ke 15. Pengarang masih ingat ketika dilancarkan oleh Ybhg Prof Dato Naib Canselor kita semasa itu masih memegang jawatan TNC HEPA. Tahniah diucapkan kepada Pusat KoKurikulum UPSI kerana terus suburkan ilmu aktiviti outdoor yang semakin mendapat minat semua lapisan masyarakat!

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my