Oleh : Mohd Fahmi Mohd Yunus (Pusat Kebudayaan UPSI)

Tanjong Malim – 25 Mei lalu berlangsungnya sebuah program ilmiah santai Arts+Culture Clinic yang menjemput Kerol Mohtar iaitu koreografer yang amat berpengalaman yang juga pengasas Nyala Dance Theatre, sebuah kumpulan tari yang amat dikenali dalam industri seni tari di Malaysia. Berlangsung di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah sembang seni tersebut mengupas topik berkaitan hala tuju, potensi dan realiti seni tari rampaian tradisional di Malaysia.

Beliau juga berkongsi pengalaman beliau tentang penubuhan Nyala Dance Theatre, segala payah jerih beliau dan dugaan beliau bersama ahli kumpulan beliau sedari kumpulan tari yang tidak dikenali hingga kini menjadi sebutan para komuniti penggiat seni tari di Malaysia.

Berdurasi sekitar dua jam, sembang seni itu berjaya menarik minat sekitar 125 penonton yang hadir yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar seni tari di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, kolej-kolej kediaman dan ada juga beberapa agensi luar termasuk Sekolah Seni Malaysia Perak memeriahkan program pada malam tersebut. Para penonton juga dihiburkan oleh persembahan tarian rampaian tradisional oleh Nyala Dance Theatre yang diselang selikan semasa program berlangsung.

Sebelum menutup tirai, para penonton diberi peluang untuk mengajukan pelbagai soalan dan ternyata ramai penggiat seni tari saling mengajukan soalan kepada tetamu jemputan. Program berakhir dengan sesi bergambar bersama tetamu jemputan.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)