Oleh: Nor Hayati Aziz (Pusat Ulul Albab)
Tanjung Malim, 17 Disember 2022 – Seminar 2nd International E-Conference Of Ulul Albab (e-ICUA 2.0) bertemakan ‘Kemenjadian Generasi 5.0’ telah diadakan secara dalam talian melalui Cisco Webex Meetings dan siaran langsung melalui Saluran Facebook rasmi Pusat Ulul Albab UPSI (PUA).
Seminar ini merupakan anjuran Pusat Ulul Albab UPSI yang bertempat di Aras 1, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Seminar ini bermula pada jam 08:00 pagi sehingga 05:00 petang, dengan kehadiran peserta seramai 70 orang dan didahului dengan pembentang dari Warwick University, United Kingdom.
Sebanyak 26 kertas kerja dibentangkan dalam e-ICUA 2.0 dan 7 daripada kertas kerja tersebut datangnya dari luar negara seperti United Kingdom, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Dalam seminar ini juga Pusat Ulul Albab turut melancarkan penerbitan buku “Smart Learning” yang akan menjadi panduan bagi mengasah kemahiran belajar dengan cara yang berkesan dan efisien.
Ucaptama e-ICUA 2.0 bertemakan ‘KEMENJADIAN GENERASI 5.0’ telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan ADNI Islamic School Prof. Dr. Hasni Mohammed, E-ICUA 02 telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Datuk Seri Ahmad Burak, dan seterusnya melancarkan buku “Smart Learning”.
Ahmad dalam ucapanya berkata persidangan seumpama ini pnting sebagai wadah bagi akademia, penyelidik dan mahasiswa agar dapat berkongsi idea dan pandangan berkaitan penerapan konsep Ulul Albab dalam segenap perkara terutamanya dalam pendidikan.
Antara perkara yang dibentangkan oleh pembentang bagi seminar ini adalah:
- Motivation for Teaching and Learning Arabic and its Impact in Understanding Qur’ān to Transform Ulul Albab Generation: an Empirical Study oleh Md Mahmud Sayeed (Warwick University, United Kingdom)
- Refleksi Penterjemahan Al-Qur
an Ke Dalam Bahasa Indonesia/Melayu: Kajian Kes Terhadap Surah Dan Ayat-Ayat Al-Qur
an Terpilih oleh M. Husnan Lubis (Universitas Sumatera Utara, Indonesia-USU) - Pelajar Khalifah Profesional Tempaan Ulul Albab. Sorotan Penerapannya Berasaskan Komponen QEI di UPSI oleh Abdul Halim Ali (UPSI)
- Excellent Soft Skills Model based on Ulul Albab Module oleh Muhammad Hasbi Abdul Rahman, Mifchahul Huda, Abdul Halim Ali, Ahmad Amri Zainal Adnan, Muhd Abdul Nasir Abd Latiff, Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi dan Muhammad Nadzir Ibrahim (Universiti Pendidikan Sultan Idris-UPSI)
- Melahirkan generasi Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik menerusi Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab (SPMRSMUA) oleh Mohamad Rasyidi Ghazali dan Aswati Hamzah (Universiti Sains Malaysia-USM)
- Modul Pembangunan Program Huffaz Profesional Universiti Tenaga Nasional: Satu Pemerhatian kepada Konstruk Pembangunan Al-Quran oleh Siti Salma Mohamad Shokri dan Syafawati Salihan (Universiti Tenaga Nasional-UNITEN)
- Konsep Ulul Albab Dalam Al-Quran dan Hubungannya dengan Pembelajaran Kursus Sains, Teknologi dan Manusia (STM) di UTM Kuala Lumpur oleh Nik Mohd Zaim Ab Rahim, Zilal Saari, Ahmad Marzuki Ahmad dan Mohd Hambali Rashid (Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur-UTM)
Seminar yang diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan komen yang positif daripada penonton samada secara maya melalui siaran langsung di YouTube atau Cisco Webex Meetings. Seminar ini juga merupakan sasaran KPI tahun 2022 Pusat Ulul Albab dibawah Tujahan 1 (Pusat Rujukan).