Oleh: Aziemah Fitri Linggin (KUO)


Tanjung Malim: Kolej Ungku Omar (KUO), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan program PESKON Car Day 2022, bersempena dengan Pesta Konvokesyen ke-24.

Dato Sri Ahmad Haji Burak, ahli Lembaga Pengarah Alumni UPSI ditemani dengan Profesor Dr. Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) turut hadir semasa program ini berlangsung bagi memeriahkan lagi program konsep Autoshow ini.

Terdapat pelbagai pengisian di dalam program ini, antaranya ialah beberapa kategori pertandingan seperti The Best JDM, The Best Tactical Art, The Best Engine, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah yang menarik.


Program PESKON Car Day 2022 ini telah berlangsung pada 02 Disember 2022, dan program ini telah dirangka oleh En. Amirul Fadhlishah bin Mat Basri, Pembantu Operasi Kolej Ungku Omar dibantu oleh Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar dan juga sukarelawan yang terdiri daripada penghuni – penghuni kolej Ungku Omar.

Menurut Pengetua Kolej Ungku Omar, Profesor Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan, “Selain pameran automotif, kita juga berjaya mengumpul dana pembangunan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI), dan mampu bersuai kenal dengan pihak – pihak yang sudi memberikan sponsor untuk memeriahkan lagi program ini, saya melihat ini sebagai satu laluan yang besar untuk kita mengeratkan lagi hubungan sesama warga Tanjung Malim dan membuka satu platform untuk kita mewujudkan satu hubungan yang baik dengan kelab – kelab di luar UPSI.”

Program yang berlangsung daripada pukul 12.00 tengahari sehingga 9.00 malam ini mensasarkan kelab – kelab Motorsport di seluruh semenanjung dimana ia telah membantu pengunjung untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai hal – hal permotoran di samping mengeratkan lagi hubungan baik sesama peserta, penganjur dan pengunjung yang datang ke program ini.

Mohd Nizam merasa yakin bahawa program ini mampu menarik minat pelajar dan juga orang awam untuk turut berkecimpung di dalam dunia permotoran dan mengubah perspektif orang ramai mengenai bidang ini.

“Saya berharap bagi mereka yang sangat berminat untuk menceburi bidang permotoran ini untuk teruskan minat mereka, abaikan suara – suara kecil yang menentang, kerana itu merupakan hak anda sendiri, minat anda sendiri.”

Melalui program ini, mahasiswa dan juga orang ramai mempunyai peluang untuk berkongsi ilmu bersama dengan peserta – peserta Motorsport dalam bidang permotoran ini.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my