Oleh : Zulkapli Mohd Junid (Pegawai UMedia FSSK) dan Noraini Aminuddin

Tanjong Malim, 8 Mac – Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini telah mengadakan aktiviti  White Water Rafting di Sungai Bernam yang disertai oleh lima orang warga Jepun dari Akito Global Inc serta lima orang pensyarah dan lima orang pelajar dari fakulti tersebut.

Menurut pensyarah FSSK yang juga merupakan penunjuk ajar aktiviti Farizul Athir Mohd Ramli, aktiviti ini dilakukan bagi perkongsian pengalaman dan idea berkaitan pembangunan pendidikan antara Jepun dan Malaysia.

“Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan pengalaman baharu kepada peserta melalui aktiviti air yang mencabar serta memberi peluang bagi penerokaan persekitaran baru terutama bagi warga Jepun”, jelasnya lagi.

Aktiviti White Water Rafting yang dijalankan ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)