Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa berhasrat untuk melahirkan legasi penuntut yang proaktif serta merealisasikan hasrat untuk menjadi universiti nombor 1 Pendidikan.
Demi merealisasikan hasrat tersebut, UPSI sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar untuk meneroka peluang latihan, pekerjaan atau menyertai pelbagai pertandingan berprestij di dalam dan di luar Negara.
Baru-baru ini pelajar UPSI telah berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij dan diiktiraf peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Aishwarya Menon A/P Dinesh, Pelajar tahun 4, Fakulti Pendidikan Manusia (FPM) telah memenangi Best Debeter in Youth – Parliament Debathon 2022.
Venilavan A/L Pananthaman pelajar tahun 3, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) memenangi Global Youth Leadership Award 2023 di Istanbul Youth Summit 2023.
Muhammad Fakrurrazzi Khairur Rijal, pelajar tahun 3, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) telah memenagi Global Youth Leadership Award di Global Youth Leadership Summit Dubai.
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, beliau sangat berbangga dengan pencapaian mereka yang membuktikan UPSI sentiasa menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang akhlak dan akademik yang di iktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr. Norkhalid Salimin berkata, UPSI sentiasa bersedia berusaha dengan sedaya upaya untuk memastikan pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu di dalam dan di luar kelas. Mereka juga didedahkan dan digalakkan untuk meneroka peluang menyertai dan melaksanakan program di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“UPSI juga telah membina System Comprehensive and Holistic Activities Mapping Protocol (CHAMP) bagi memantau dan merekod aktiviti yang disertai atau dilaksanakan oleh pelajar.
“Program ini telah berjaya memenangi Gold Award di dama 33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2022,” tambahnya lanjut.